

KERJASAMA LAHIRKAN USAHAWAN TEKNOLOGI CCTV Sumber Utusan Malaysia, 22 Jan 2008 |
![]() |
PUTRAJAYA 21 Jan. – Pusat Giat Mara hari ini menandatangani perjanjian dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan pengeluar produk teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), My- Partners Sdn. Bhd. untuk membolehkan 210 pelajarnya dilatih memasang kamera litar tertutup (CCTV) di syarikat itu. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, di bawah perjanjian itu setiap peserta akan diberi RM15,000 pinjaman Tekun. “Di bawah program seumpama itu, 27 syarikat bumiputera yang berjaya termasuk My-Partners dipilih menjadi pembimbing atau mentor kepada bakal usahawan,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian tersebut di sini hari ini. Pada perjanjian tiga hala itu, Pusat Giat Mara diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Giat Mara Sdn. Bhd., Mariam Abdul Majid; Tekun oleh Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Rahim Hassan manakala My-Partners oleh Pengarah Urusannya, Omar Shariff. Menurut Khaled, Pusat Giat Mara tidak lagi hanya berperanan sebagai tempat mengeluarkan tenaga kerja tetapi juga berkemampuan melahirkan peniaga dan usahawan yang berjaya. Dalam pada itu, Omar berkata, pelajar akan dibimbing serta diberi peluang berkecimpung dalam perniagaan pemasangan CCTV. Menurutnya, 20 peserta elit juga berpeluang menyertai program perniagaan di luar negara termasuk di Singapura, Indonesia dan Vietnam. |
2008 |
17,000
Usahawan Bumiputera Oleh Mohd Hamizar Hamid - Sumber Berita Harian, 22 Jan |
![]() |
| PUTRAJAYA:
Yayasan Tekun Nasional (Tekun) mensasarkan mewujudkan 17,000 usahawan
Bumiputera baru menerusi pelbagai program, termasuk Program Pembangunan
Usahawan Tekno dengan pembiayaan sebanyak RM160 juta tahun ini. Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,
berkata Program Pembangunan Usahawan Tekno Tekun Nasional, iaitu program
pembangunan usahawan bersama 27 syarikat Bumiputera mampu menghasilkan
ribuan usahawan baru. |
| TEKUN
suntik dana RM160 juta |
![]() |
YAYASAN
Tekun Nasional (Tekun) mensasarkan mewujudkan 17,000 usahawan baru dengan
pembiayaan RM160 juta sepanjang tahun ini melalui Program Pembangunan
Usahawan bersama Rakan Niaga. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MeCD), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ketika ini terdapat
30 rakan niaga dalam pelbagai bidang termasuk dalam peralatan dan perkhidmatan
telekomunikasi, perkhidmatan bengkel motosikal dan alat ganti serta perkhidmatan
dobi diberi tanggungjawab untuk membimbing bakal usahawan. |