Untitled Document
FMS Header
Pangkalan ilmu
Laman Web TEKUN Nasional > Sistem Maklumbalas Tekun > Pangkalan ilmu

Carian Bantuan:


Syarat Asas Pinjaman

Solusi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Terlebih dahulu TEKUN Nasional mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan dan minat saudara terhadap pinjaman TEKUN.

 

Bagi mendapatkan pinjaman TEKUN, saudara boleh mengemukakan permohonan ke pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis atau lokasi perniagaan. Alamat pejabat TEKUN Cawangan boleh didapati di website TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my. 

 

Syarat kelayakan asas adalah seperti berikut:

 

1. Bumiputera dan Masyarakat India ( Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India - SPUMI )

 

2. Berumur 18 – 60 tahun.

 

3. Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.

 

4. Mempunyai lesen / Permit  / Daftar Perniagaan [SSM] yang sah.

 

5. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak         ( mobile ).

 

6. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan ( Pinjaman sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan )

 

7. Satu pinjaman bagi satu isi rumah ( kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isirumah ).

 

8. Bayaran balik pinjaman RM 20,000 sehingga RM 100,000 menggunakan bayaran Cek Tertunda Tarikh ( Post- Dated Cheque ).

 

9. Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.

 

10. Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman / perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan ( kecuali permohonan di kalangan siswazah ).

 

11. Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 100,0Usahawan Masyarakat India.

 

 

Dokumen yang diperlukan:

 

1. Borang permohonan JPP 02 yang lengkap diisi.

 

2. Borang TEKUN JPP 06 (Maklumat Asas Perniagaan) lengkap diisi.

 

3. Gambar pemohon ukuran passport 1 keping. 

 

4. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.

 

5. Salinan lesen/permit/pendaftaran perniagaan yang sah. 

 

6. Gambar premis/tempat perniagaan/ tapak projek.

 

7. Salinan buku simpanan/penyata bank (muka pertama & transaksi terakhir)

 

8. Salinan salah satu bil utiliti bagi premis atau rumah.

 

9. Sebut harga/cadangan pembelian perkakasan/peralatan/ubahsuai(Jika Perlu)

 

10. Salinan perjanjian sewa/surat kebenaran penyewaan premis  

(sekiranya premis di sewa).

 

11. Salinan Hak Milik Tanah/ Kebenaran penggunaan tapak (Jika berkenaan) 

 

Syarat dan prosedur pinjaman TEKUN boleh juga dirujuk melalui http://www.tekun.gov.my/web/guest/maklumat_syarat_pinjaman.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut yang lebih terperinci saudara hendaklah merujuk pegawai TEKUN Cawangan untuk butiran dan penerangan yang lebih terperinci mengenai dokumen yang diperlukan mengikut jenis-jenis perniagaan tertentu.

 

 

Sekian, terima kasih.

 
Adakah artikel ini membantu? ya / tidak
Artikel selanjutnya
ID Artikel: 6
Kategori: Knowledgebase
Tambah tarikh: 01/12/2015 10:59:09
Pandangan: 173974
Rating (Undian): Article rated 4.6/5.0 (1742)

 
« Kembali