
LATARBELAKANG
PENUBUHAN |
||
|
Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang diadakan pada tahun 1994 di Universiti Sains Malaysia ( USM ) telah menyarankan bahawa pihak kerajaan perlu mewujudkan dana khas untuk Bumiputera di negara ini. Sehubungan itu, Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia ( USM ) telah menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji keperluan dan cadangan penubuhan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau ringkasannya ( TEKUN ). Projek perintis kepada program TEKUN ini dilaksanakan di Pulau Pinang dan seterusnya dikembangkan ke Jeli, Kelantan dan di Besut, Terengganu. Dengan kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan program perintis ini maka pihak Kerajaan telah menubuhkan Yayasan TEKUN Nasional pada tahun 1998 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan meletakkannya di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. TEKUN Nasional sehingga kini telah menjadi institusi pembiayaan kredit mikro yang mampu melahirkan ramai usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berjaya.
|
||
PERANCANGAN
HALA TUJU BARU & PENJENAMAAN SEMULA TEKUN NASIONAL |
||
|
||
|
|