TEKUN PELANCONGAN

Pembiayaan sebagai modal untuk memula / mengembangkan perniagaan / projek dalam sektor pelancongan


Aktiviti

Program Homestay, Chalet, Aktiviti pembelian peralatan rekreasi, Agro-torism dan lain-lain.

Syarat Kelayakan Asas
• Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun
• Mempunyai lesen perniagaan/ permit / daftar perniagaan yang sah
• Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan
• Tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan tidak baik
• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah

Syarat Tambahan (Homestay)
• Ruamh sendiri
• Diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan
• Pembiayaan untuk tujuan naiktaraf kemudahan sedia ada dan bukan untuk tujuan ubahsuai
• Telah menghadiri kursus homestay anjuran Kementerian Pelancongan
• Seorang penjamin

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM50,000.00

Tempoh Pembiayaan dan Kaedah Bayaran Balik

Tempoh pembiayaan adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun. Bayaran balik pembiayaan akan dibuat setiap minggu, 2 minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada persetujuan peminjam.

TEKUN Nasional @ 2006-2008