TEKUN TUNAS

Pembiayaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kepada bakal usahawan usahawan atau usahawan yang baru


Aktiviti

Gerai tetap, Gerai bergerak, Kedai tetap, Perniagaan perkhidmatan, Pengangkutan dan Pembuatan

Syarat Kelayakan Asas
• Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun.
• Mempunyai lesen perniagaan/ permit / daftar perniagaan yang sah.
• Mempunyai premis perniagaan / lokasi / cadangan lokasi dengan dokumen sokongan.
• Tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan tidak baik.
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah.
• Mempunyai pengetahuan / pengalaman / kemahiran asas mengenai perniagaan yang akan dijalankan.

Syarat Tambahan

• Baru hendak memulakan perniagaan (mempunyai Rancangan perniagaan) atau baru berniaga kurang dari 6 bulan.
• Mengemukakan rancangan perniagaan (RP).
• Usahawan perlu menyediakan 10% daripada modal keseluruhan perniagaan
• Seorang penjamin

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM50,000.00

Tempoh Pembiayaan dan Kaedah Bayaran Balik

Tempoh pembiayaan adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun. Bayaran balik pembiayaan akan dibuat setiap minggu, 2 minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada persetujuan peminjam

TEKUN Nasional @ 2006-2008