JEMPUTAN MENYERTAI SHOWCASE USAHAWAN 2008 DAN ENTERPRISE

ASIA 2008

 

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menganjurkan Program Showcase Usahawan 2008 dan Enterprise Asia 2008 yang akan diadakan pada tarikh seperti berikut. Program ini adalah sebagai satu wadah untuk memperkenalkan produk kepada orang ramai di samping bertujuan untuk mempromosi produk berkualiti untuk pasaran domestic dan antarabangsa. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang program ini seperti forum, seminar, majlis makan malam dan pemadanan perniagaan.

 

Tarikh            : 8 hingga 10 Ogos 2008

Tempat          : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Masa              : 10.00 pagi – 6.00 petang

 

3.         Sehubungan dengan itu, MECD telah memohon kerjasama dari TEKUN Nasional untuk menjemput syarikat rakan niaga dan usahawan yang berminat untuk menyertai program tersebut. Untuk makluman, saiz booth yang disediakan adalah 3m x 3m dan bayaran booth sebanyak RM1,000.00 akan dikenakan ke atas ushawan selama 3 hari sesi pameran dijalankan. Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

 

a)         IKS Bumiputera yang mengeluarkan produk sendiri atau yang menawarkan perkhidmatan;

b)         Keupayaan memenuhi pasaran dan pesanan pelanggan;

c)         Kemampuan mengeluarkan produk berkualiti dengan pembungkusan dan pelabelan yang menarik;

d)         Mengeluarkan produk yang berpotensi dan berdaya maju untuk pasaran tempatan dan global;

e)         Mempunyai produk yang bercirikan ‘export ready’ dan memiliki sijil halal serta yang diikhtiraf.

 

 

 

4.         Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai program tersebut, permohonan perlu dikemukakan kepada Jabatan Pembangunan Usahawan (Shaiful Sazli bin Hairee) di talian fax 03-9059 5801 atau melalui email di shaifulsazli@tekun.gov.my sebelum 20 Jun 2008 dengan mengembalikan borang permohonan yang disediakan. Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

 

CEMERLANG, GEMILANG , TERBILANG

 

Saya dengan hormatnya,

 

 

 

 

(MD AHIRUN BIN RUBA’AIN)

b/p Pengarah Urusan

TEKUN Nasional

 

 

Muka Utama