|
TUJUAN
Menyediakan
kemudahan permohonan pembiayaan jangka pendek yang mudah kepada usahawan
Bumiputera untuk keperluan modal tambahan bagi tempoh pembiayaan yang
singkat. Kemudahan ini diharap dapat membantu mempercepatkan lagi
proses permohonan dari pelanggan.
Permohonan Boleh Dibuat Dimana-mana Pejabat Kawasan dan Negeri
TEKUN Nasional
Dengan
Menghantar Borang Permohonan Ke Kaunter Kawasan TEKUN.
Permohonan
Mestilah Lengkap dan Salinan Dokumen Hendaklah Dilampirkan Bersama.
| i. |
Bumiputera
dan berumur 18-60 tahun. |
| ii. |
Mempunyai
lesen/permit/daftar perniagaan yang sah. |
| iii. |
Mempunyai
tempat perniagaan yang khusus. |
| iv. |
Terlibat
secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. |
| v. |
Tidak
mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dengan
mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan. |
| vi. |
Pembiayaan
perniagaan sedia ada tidak melebihi RM5,000. |
| vii. |
Telah
berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan. |
| viii. |
Satu
pembiayaan untuk satu isi rumah.
|
| ix. |
Pemaustatin
tempatan sama ada pemohon/pasangan yang tinggal di kawasan
operasi sekurang-kurangnya 3 tahun. |
DOKUMEN
| i. |
Gambar
pemohon (2 keping). |
| ii. |
Salinan
kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan). |
| iii. |
Salinan
lesen/permit/pendaftaran perniagaan. |
| iv. |
Salinan
buku simpanan/penyata bank (muka pertama dan transaksi terakhir). |
| v. |
Salinan
salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon) bagi rumah/premis
perniagaan (jika ada). |
| vi. |
Salinan
perjanjian sewa tapak perniagaan. |
| vii. |
Lain-lain
dokumen yang boleh menyokong permohonan seperti tempahan stok
dan lain-lain. |
AKTIVITI
PERNIAGAAN
Skim
pembiayaan jangka pendek yang diberi keutamaan meliputi perniagaan seperti
berikut :
i) Perniagaan
pasar malam/sehari
ii) Pasar
tani
iii) Pasar
Tamu
iv) Bazaar
Ramadhan
v) Ekspo/Pesta
(tempoh melebihi 2 bulan)
vi) Promosi
jualan (aktiviti promosi yang berterusan)
SKIM
PEMBIAYAAN
Nilai
Pembiayaan:
Nilai pembiayaan yang ditawarkan ialah RM500.00 hingga RM2,000.00.
Tempoh
bayaran balik pembiayaan:
Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 hingga 3 bulan.
Kutipan
bayaran balik:
Kutipan bayaran balik pembiayaan dibuat setiap minggu. Kutipan pertama
bermula seminggu selepas pembiayaan dikeluarkan.
Insuran
Usahawan TEKUN dikehendaki menyertai Pelan Takaful Keluarga Berkelompok .
Caj
perkhidmatan dan bayaran proses:
# Caj perkhidmatan sebanyak 1.5% sebulan.
# Bayaran
proses sebanyak 5% daripada jumlah pembiayaan.
# Rebat
sebanyak 20% daripada caj perkhidmatan akan diberikan sekiranya bayaran
balik dibuat mengikut tempoh bayaran balik pembiayaan.
# Keutamaan
diberikan kepada para peniaga yang berada dalam lingkungan 10 km radius
daripada pejabat operasi kawasan atau rumah staf YTN.
*
Skim pembiayaan ini boleh juga dipertimbangkan kepada peminjam TEKUN
sedia ada yang mempunyai rekod bayaran balik pembiayaan yang baik.
|