
PERUTUSAN PENGARAH URUSAN SEMPENA HARI PEKERJA 2008
Kepada semua Rakan-Rakan Warga Kerja TEKUN Nasional
yang dihormati dan dikasihi sekalian.
Assalamulaikum Wh. Wb. dan Selamat Sejahtera.
Dengan hormat dan takzimnya saya dahului dengan harapan semoga saudara dan saudari
seluruh Warga Kerja TEKUN Nasional serta ahli-ahli keluarga saudara dan saudari
sekelian senantiasa dilindungi oleh Allah S.W.T dalam keadaan SIHAT SEJAHTERA
serta mendapat KEBERKATAN darinya, Insya Allah. Saya juga memanjatkan rasa penuh
KESYUKURAN kerana berkesempatan menyampaikan sepatah dua kata kepada saudara
dan saudari rakan-rakan Warga Kerja TEKUN Nasional bersempena dengan sambutan
HARI PEKERJA yang disambut pada 1hb Mei setiap tahun. Perutusan ini adalah sebagai
MENGHARGAI segala JASA , PENGORBANAN , SUMBANGAN dan PERKHIDMATAN yang telah
saudara dan saudari berikan kepada TEKUN Nasional dengan penuh KEJUJURAN , KEIKHLASAN
dan KEWIBAWAAN. Semoga JASA BAKTI dan KHIDMAT MURNI saudara dan saudari itu
telah dapat menyumbang kearah merealisasikan HASRAT dan MATLAMAT penubuhan TEKUN
Nasional demi untuk kepentingan BANGSA dan NEGARA kita.
Sepertimana saudara dan saudari sedia maklum mulai awal tahun ini kita telah melaksanakan proses PENJENAMAAN SEMULA dan menetapkan HALATUJU BARU untuk TEKUN Nasional. Maka dengan itu banyak PERUBAHAN dan PEMBAHARUAN telah kita lakukan dengan tujuan untuk MEMANTAPKAN lagi SISTEM PENYAMPAIAN dan MEMPERTINGKATKAN PRESTASI institusi kita ini. Selaku Pengarah Urusan dan bagi pihak rakan-rakan Pengurusan TEKUN Nasional, saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas sokongan, sumbangan dan PENGLIBATAN saudara dan saudari bagi melaksana dan menjayakan perubahan dan pembaharuan yang telah kita rancangkan bersama. Tanpa sokongan, sumbangan dan penglibatan dari semua Warga Kerja kita, segala apa yang kita rancangkan tidak akan menjadi kenyataan dan beroleh kejayaan.
Selaku Pengarah Urusan saya senantiasa memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan Warga Kerja TEKUN Nasional. Insya Allah, saya dan pihak Pengurusan TEKUN Nasional akan senantiasa berusaha untuk memberikan GANJARAN dan KEMUDAHAN yang lebih baik kepada saudara dan saudari sebagai menghargai jasa, pengorbanan, sumbangan dan perkhidmatan saudara dan saudari kepada TEKUN Nasional selama ini.
Bersempena dengan Hari Pekerja ini marilah kita sama-sama melakukan MUHASABAH DIRI untuk menilai PRESTASI dan PENCAPAIAN kita. Dengan demikian kita dapat MEMPERBAIKI lagi apa-apa KELEMAHAN dan KEKURANGAN yang terdapat dalam diri kita supaya kita menjadi INSAN dan PEKERJA yang lebih baik yang senantiasa mendapat KEBERKATAN dan KEREDHAAN Allah S.W.T terhadap pekerjaan yang kita lakukan. Marilah kita sama-sama bekerja sebagai suatu PASUKAN dan KELUARGA TEKUN yang mendokong NILAI-NILAI KORPORAT yang MURNI.
Dalam kesempatan ini juga saya ingin memohon MAAF sekiranya terdapat apa-apa KESILAPAN dan KELEMAHAN pada diri saya selama berkhidmat dengan saudara dan saudari . Marilah kita sama-sama memantapkan kedudukan institusi kita ini semoga dengan kemajuan dan kejayaan TEKUN Nasional kita dapat membina KERJAYA di institusi yang MURNI, DINAMIK, DIHORMATI dan DISEGANI ini. Semoga segala rezeki yang kita perolehi mendapat keberkatan dari Allah S.W.T di dunia dan diakhirat. Insya Allah.
Sekian, Selamat Maju Jaya & Selamat Berkhidmat dengan penuh KEJUJURAN, KEIKHLASAN
dan KEWIBAWAAN.
Sekian, Wassallam.
Yang Ikhlas.
DATUK ABDUL RAHIM BIN HASSAN