PEMBIAYAAN TEKUN
Kelayakan Asas
Semua individu yang memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon:
Bumiputera berumur 18-60 tahun
Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
Mempunyai tempat perniagaan yang khusus

Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan

Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan
Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00
Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan
Satu pembiayaan untuk satu isi rumah
Premis/Aktiviti Perniagaan Yang Diberi Pertimbangan
Antara jenis premis/aktiviti perniagaan yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :-
Gerai Tetap Seperti gerai pasar, gerai menjual makanan, minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian.
Gerai Bergerak Seperti pasar malam, pasar tani, pekan sehari, pasar tamu dan lori / van bergerak.
Kedai Tetap
Seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barang-barang runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan harian dan perkakasan dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar dan alat telekomunikasi.
Perniagaan Perkhidmatan Seperti jahitan, salun rambut / kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian, bengkel/mekanik/membaiki alat-alat elektronik, membuat papantanda dan pengiklanan, membaiki kasut, tuisyen dan pusat bimbingan kanak-kanak.
Perkhidmatan Pengangkutan Seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah dan bas kilang.
Pembuatan

Seperti industri kecil memproses makanan ringan/basah/kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih muih.

Nilai Pembiayaan

Nilai pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM500.00 hingga RM50,000.00.

 

Skim Pembiayaan TEKUN

Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun.

 

Cara Memohon
 
1 Hubungi Pegawai TEKUN Kawasan yang terdekat untuk mendapatkan maklumat dan Borang Permohonan (YTN-1)
2

Kemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan kepada Pegawai TEKUN Kawasan bersama-sama dengan dokumen berikut :-

i. Gambar Pemohon (2 keping)

ii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (dan suami/isteri).

iii. Salinan lesen/permit/pendaftaran Perniagaan.

iv. Gambar premis/tempat perniagaan (3 keping).

v. Salinan buku simpanan/penyata bank.

vi. Sebut harga cadangan pembelian perkakas/peralatan/ubahsuai (sekiranya pembiayaan digunakan untuk pembelian aset).

vii. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon) bagi premis perniagaan/rumah.

viii. Salinan perjanjian sewa premis (sekiranya premis di sewa)

 

3 TN tidak melantik agen/wakil/orang tengah dalam urusan pembiayaan TEKUN. Borang permohonan adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran semasa membuat permohonan.
4 Sila hubungi Pejabat TEKUN Kawasan sekiranya tiada maklumbalas selepas 14 hari dari tarikh penyerahan permohonan.