LATAR BELAKANG PENUBUHAN TEKUN NASIONAL

TEKUN Nasional telah diwujudkan hasil daripada resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada tahun 1994 yang mencadangkan agar satu sistem penyaluran modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan dilaksanakan bagi mengatasi masalah akses usahawan kecil Bumiputera kepada pembiayaan perniagaan. Dalam tahun 1995, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang. Seterusnya projek perintis ini dikembangkan ke Jeli, Kelantan pada tahun 1996 dan ke Besut, Terengganu pada tahun 1997. 

Berikutan kejayaan projek perintis ini, Kerajaan memutuskan projek TEKUN diperluaskan ke seluruh negara untuk manfaat usahawan kecil Bumiputera.  Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ( MECD ) pada 9 November 1998 dan mula beroperasi pada 1 Februari 1999.

Selaras dengan kemajuan dan arus pemodenan, penjenamaan semula dan hala tuju baru Yayasan TEKUN Nasional pada 12 Februari 2008 telah memperlihatkan Yayasan TEKUN Nasional telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berperanan bukan hanya sekadar sebagai agensi memberi pembiayaan bahkan turut memainkan peranan dalam pembangunan keusahawanan dan memberikan perkhidmatan sokongan.

Berikutan penyusunan semula pentadbiran Kerajaan pada 1 April 2009, TEKUN Nasional telah diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kronologi Penubuhan TEKUN

 1994   :  Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang telah mengambil ketetapan mengenai keperluan yang amat mendesak untuk mewujudkan pinjaman modal tambahan kepada usahawan kecil Bumiputera.
 
 1995  :  Pusat Penyelidikan Dasar, USM Pulau Pinang menubuhkan pasukan kajian untuk melaksanakan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
 1996  :  Projek perintis ini dikembangkan ke Jeli, Kelantan.
 1997  :  Projek perintis ini seterusnya dikembangkan ke Besut, Terengganu.
 Mei 1998   :  Kerajaan memutuskan projek TEKUN diperluaskan untuk manfaat usahawan kecil Bumiputera ke seluruh negara.
 16 September 1998                             :  Kerajaan bersetuju TEKUN diletakkan di bawah bidang tugas dan pengawasan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD).
 2 Februari 1999  :  Yayasan TEKUN Nasional mula beroperasi.
12 Februari 2008  :  Penjenamaan semula & hala tuju baru telah mengubah nama Yayasan TEKUN Nasional kepada TEKUN Nasional.
 1 April 2009  :  Hasil penyusunan semula pentadbiran Kerajaan telah meletakkan TEKUN Nasional di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian & Inudstri Asas Tani.

 

 
WARGA TEKUN
   


 
 
MULTIMEDIA
   

 

 

 Hotline TEKUN Nasional
 Isnin-Khamis : 8.00 pagi - 5.30 petang
 Jumaat : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
  : 2.30 petang - 5.00 petang
 Tel : 1-300-88-1277 
 Faks : 1-300-88-1278
my gov   IIM   msc   mampu   moa  Talent Corp
TEKUN Nasional No.2, Jalan 4/146 Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9058 8550 / 9058 8999 Faks: 03-90595777
Emel: mailbox@tekun.gov.my
Hakcipta Terpelihara 2012 © TEKUN Nasional
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Tarikh Kemaskini : 04 Februari 2012 09:26 PM
RSS