POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Bahawasanya kami, pihak Pengurusan TEKUN Nasional bertanggungjawab dan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan selaras dengan kehendak dan keperluan yang terkandung di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sehubungan dengan ini TEKUN Nasional akan :-

  Memberikan kesedaran kepada setiap Warga Kerja organisasi ini terhadap betapa pentingnya aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta peranan dan penglibatan mereka untuk sama-sama menjaga keselamatan diri sendiri semasa mereka bekerja atau semasa berada di tempat kerja di samping keselamatan mereka semasa berulang alik ke tempat kerja.
 
  Menyediakan tempat dan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif, terhindar daripada sebarang risiko yang boleh menjejaskan Keselamatan dan Kesihatan Warga Kerja atau sesiapa sahaja yang berada di premis TEKUN Nasional.
 
Memastikan bahawa segala proses dan prosedur kerja yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan untuk dilaksanakan oleh Warga Kerja serta peralatan dan perkakasan yang disediakan adalah selamat untuk digunakan.
 
Mengambil langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya bagi melindungi Keselamatan dan Kesihatan Warga Kerja atau sesiapa sahaja yang berurusan dengan institusi ini semasa mereka berada di pejabat atau premis TEKUN Nasional.
 
Menyediakan peralatan perlindungan diri yang diperlukan semasa bekerja.
 
Memberikan latihan kepada Warga Kerja dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
 
Sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan amalan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di TEKUN Nasional.
 
Mewujudkan sistem dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.


Bagi pihak pengurusan TEKUN Nasional.

DATUK ABDUL RAHIM HASSAN DMSM, PJK, PJM
DAHP (UITM), FMIM, IKMI-CKM, MIM-CPT, CCSM, SMDP (Harvard)

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif
TEKUN Nasional
 

 
WARGA TEKUN
   


 
 
MULTIMEDIA
   

 

 

 Hotline TEKUN Nasional
 Isnin-Khamis : 8.00 pagi - 5.30 petang
 Jumaat : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
  : 2.30 petang - 5.00 petang
 Tel : 1-300-88-1277 
 Faks : 1-300-88-1278
my gov   IIM   msc   mampu   moa  Talent Corp
TEKUN Nasional No.2, Jalan 4/146 Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9058 8550 / 9058 8999 Faks: 03-90595777
Emel: mailbox@tekun.gov.my
Hakcipta Terpelihara 2012 © TEKUN Nasional
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Tarikh Kemaskini : 04 Februari 2012 09:26 PM
RSS