Pusat Pembangunan Usahawan (Business Centre) merupakan satu inisiatif dan daya usaha pihak Kerajaan untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaiannya (delivery system) selaras dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada masyarakat Bumiputera.
Peranan dan Objektif
- Memberikan maklumat mengenai peranan yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian serta agensi-agensi di bawahnya dalam usaha melahir dan memajukan usahawan di negara ini serta memupuk semangat dan budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.
- Memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan (business opportunities) dan penjanaan pendapatan (income generating activities) yang boleh diceburi oleh masyarakat bumiputera dari kawasan sekitarnya.
- Menjadi Pusat Rujukan, Perkhidmatan dan Sokongan kepada para usahawan dan bakal-bakal usahawan.
- Menjadi pusat untuk mewujudkan jaringan (networking) dikalangan para usahawan yang sediada di kawasan sekitarnya.
- Menjadi pusat untuk berbagai aktiviti dan kegiatan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan usahawan setempat.