Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila lihat Soalan Lazim atau hubungi kami melalui saluran berikut :
Sekiranya anda membuat pertanyaan melalui emel atau membuat panggilan ke Pusat Pengurusan Panggilan, sila sertakan maklumat diri anda seperti berikut:
Nama
No. Kad Pengenalan
No. Telefon
Email
Bantuan Laman Utama :: Bantuan Menu Utama :: Bantuan Carian :: Bantuan Galeri Foto
Bantuan W3C :: Bantuan RSS :: Bantuan Web Mobile

Menu Utama
Menu Utama portal TEKUN terdiri daripada :
Menu Kata-Kata Aluan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif menyediakan kata-kata aluan daripada Datuk Abdul Rahim Hassan DMSM, PJK, PJM, MMIM, MIM-CPT, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
Contoh :

Menu Maklumat Korporat adalah capaian di mana pengguna dapat mengetahui maklumat tentang TEKUN seperti Pendahuluan, Latar Belakang Penubuhan, Visi, Misi & Fungsi, Nilai-nilai Korporat, Rasional Logo, Polisi Pengurusan Kualiti & Piagam Pelanggan, Pencapaian Piagam Pelanggan, Polisi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Struktur Organisasi, Ahli Lembaga Amanah, Pihak Pengurusan dan Strategi TEKUN Nasional 2011.
Pengguna portal juga dapat mengetahui pelbagai perkhidmatan yang disediakan melalui menu Kemudahan seperti Pusat Pembangunan Usahawan, TEKUN Mobile dan Jadual Bayaran Balik Pembiayaan.
Laman Utama memaparkan maklumat seperti Perkhidmatan, Pengumuman, Capaian, serta Muat Turun.
Carian

Carian terletak di penjuru kanan atas membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki di dalam portal TEKUN.
Galeri Foto
- Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut Kategori dan Album.
- Sebagai contoh, Februari 2008 terdapat Album Majlis Pelancaran Rasmi halatuju Baru & Penjenamaan, Bengkel Pemantapan Pelaksanaan & Seminar Keusahawanan dan lain-lain.
- Pengguna boleh klik pada folder untuk melihat gambar lanjut.
- Gambar juga boleh dimuat turun.
Contoh:

Pilihan Warna Teks
Menukar warna teks web/portal bagi memudahkan bacaan pada golongan yang mempunyai masalah penglihatan ataupun rabun warna.
- Jika anda ingin menukar warna teks kepada merah, sila klik

- Jika anda ingin menukar warna teks kepada biru, sila klik

- Jika anda ingin menukar warna teks kepada hijau, sila klik

Pilihan Saiz Teks Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian. Terdapat tiga saiz yang berlainan bertujuan memudahkan capaian maklumat bagi pengguna yang mempunyai masalah penglihatan.
- Jika anda ingin membesarkan saiz teks, sila klik

- Jika anda ingin mengecilkan saiz teks, sila klik

Set Semula Jika anda ingin menukar kepada halaman asal, sila klik butang 'set semula'

.
Apa itu RSS?
RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.
Mengapa RSS perlu?
Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan TEKUN Nasional. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar TEKUN Nasional dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada portal TEKUN Nasional dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga: Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam). Menjimatkan masa. Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai TEKUN Nasional lebih cepat dan berkesan. Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.
Bagaimana menggunakan RSS?
Untuk menggunakan RSS daripada portal TEKUN Nasional, anda boleh menggunakan langkah seperti di bawah:
1. Klik pada ikon RSS pada halaman utama portal.
2. Anda akan dipaparkan ke semua halaman RSS yang ada di dalam portal TEKUN Nasional. Klik pada senarai yang anda inginkan.
3. Pengguna di galakkan untuk "Subscribe To This Feed".
4. Anda boleh memilih di mana anda ingin melihat paparan RSS feed e.g. Browser atau RSS reader yang lain.
5. Dengan cara ini, anda akan menerima secara automatik kandungan yang terkini daripada portal TEKUN Nasional.
Di mana untuk mendapatkan RSS readers?
Pengguna boleh muat turun desktop atau web-based RSS reader daripada laman web dengan mudah. Anda perlu memilih reader yang sesuai dengan keperluan kerana fungsi readers ini berbeza dengan penggunaan dan keperluannya. Berikut adalah senarai reader yang popular dalam laman web.
- www.google.com/reader
- http://bloglines.com/
Cara melayari laman web menggunakan telefon bimbit anda.
- Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).
- Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
- Pilih pelayar ('browser') yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer, Opera , Mozilla, Web Mobile, dll.).
- Layari laman web menggunakan 'browser' dengan menaip http://www.tekun.gov.my/ dan klik OK/Enter/Submit. Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon).
