Soalan Lazim

Diterbitkan pada: 10/05/2016
Dikemaskini pada: 08/06/2016

Saya mempunyai perniagaan sendiri dan mempunyai lesen / pendaftaran perniagaan sendiri tetapi berniaga menumpang di premis rakan / keluarga. Adakah saya layak untuk mendapatkan pembiayaan TEKUN.

Layak. Tuan/Puan perlu mengemukakan surat kebenaran atau perjanjian sewa premis berkenaan.

Dimanakah saya boleh dapatkan borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional?

Anda boleh mendapatkan borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional dimana-mana pejabat TEKUN kawasan, Pusat Pembangunan Usahawan TEKUN Nasional (Business Centre), Pusat Khidmat Bergerak (TEKUN Mobile) atau dimana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional

Saya sedang membayar balik pinjaman pertama. Bolehkah saya mengeluarkan keseluruhan simpanan saya?

Tidak boleh. Simpanan tuan/puan hanya boleh dikeluarkan setelah bayaran balik pinjaman dijelaskan sepenuhnya, kecuali pengeluaran simpanan disebabkan bencana alam, perubatan kronik, menunaikan haji dan melanjutkan pelajaran ke IPT.

Saya adalah pemandu teksi. Bolehkan saya memohon pinjaman TEKUN untuk membuat pembayaran baki kepada syarikat teksi?

Boleh dipertimbangkan

Sekiranya nama saya ”blacklist”, adakah saya layak membuat permohonan pinjaman TEKUN ?

Boleh dipertimbangkan

Apakah tujuan insuran takaful?

Insuran takaful bertujuan untuk melunaskan baki pinjaman sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan dalam tempoh bayaran balik pinjaman tersebut. Selain itu waris juga menerima wang khairat kematian sebanyak RM 1,000.00 (potongan wajib kepada semua peminjam)

Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya peminjam tidak dapat menyelesaikan pinjaman?

TEKUN Nasional akan membuat tuntutan sehingga bayaran di jelaskan sepenuhnya. Tindakan undang-undang juga akan diambil sekiranya peminjam engkar membuat bayaran seperti yang dipersetujui di dalam surat perjanjian pinjaman.

Berapakah tempoh bayaran balik pinjaman TEKUN?

Tempoh bayaran balik pinjaman TEKUN adalah diantara 6 bulan sehingga 10 tahun. (mengikut had pinjaman)

Sekiranya saya ingin memohon pinjaman TEKUN, berapakah had pinjaman yang boleh saya pohon?

Tuan/puan boleh memohon pinjaman TEKUN daripada RM 1,000.00 sehingga RM 100,000.00

Saya masih mempunyai baki pinjaman dengan salah sebuah institusi kewangan yang berjumlah RM 25,500.00 Adakah saya masih boleh memohon pinjaman TEKUN?

Layak. Pemohon yang mempunyai baki pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000.00 layak memohon pinjaman TEKUN.

Dimanakah sepatutnya saya menghantar permohonan saya ? adakah di kawasan rumah atau di kawasan saya berniaga?

Permohonan hendaklah dihantar ke pejabat TEKUN kawasan parlimen di lokasi premis perniagaan / projek anda.

Adakah terdapat sebarang kadar faedah atau caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas pembiayaan TEKUN?

Peminjam dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% setahun

Saya dan isteri berniaga secara berasingan dan mempunyai lesen masing-masing. Adakah kami layak memohon pembiayaan secara berasingan?

Layak.

Saya seorang warganegara tetapi isteri / suami seorang pendatang asing atau penduduk tetap. Adakah saya layak memohon pembiayaan TEKUN?

Layak

Sekiranya saya berpindah perniagaan ke kawasan lain, bolehkah bayaran pembiayaan saya dipindahkan kepada Pegawai TEKUN kaswasan berkenaan?

Boleh. Sila maklumkan kepada pegawai TEKUN sebelum tuan/puan berpindah.

Adakah TEKUN menyediakan pembiayaan berkelompok?

Pembiayaan berkelompok hanya disediakan kepada usahawan yang terlibat dalam projek berkelompok yang di luluskan terlebih dahulu oleh TEKUN Nasional.