PERKHIDMATAN BERGERAK (TEKUN MOBILE)

TEKUN Mobile merupakan satu inisiatif dan daya usaha TEKUN Nasional untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaiannya (delivery system) turun padang dan mesra usahawan, selaras dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada masyarakat Bumiputera.


Peranan dan Objektif :-

Merupakan perkhidmatan mesra usahawan di mana ia memfokuskan kepada lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan masyarakat.
Memudahkan urusan dan memantapkan lagi sistem penyampaian terutama bagi usahawan.
Menjadi perkhidmatan khidmat bimbingan, sokongan dan jaringan perniagaan.
Menyelaras maklumat diterima dari pelanggan dan mencadangkan penambahbaikan kepada system penyampaian TEKUN Nasional.
Melakukan aktiviti turun padang (mesra usahawan) untuk menggalakkan usahawan dan bakal usahawan menerima maklumat yang lebih terperinci.
Memberi penerangan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disedia / tawarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi di bawahnya serta sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat yang terkini.


Sehingga 31 November 2011, TEKUN Nasional telah mempunyai 11 unit TEKUN Mobile yang beroperasi di sekitar Malaysia.

 
WARGA TEKUN
   


 
 
MULTIMEDIA
   

 

 

 Hotline TEKUN Nasional
 Isnin-Khamis : 8.00 pagi - 5.30 petang
 Jumaat : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
  : 2.30 petang - 5.00 petang
 Tel : 1-300-88-1277 
 Faks : 1-300-88-1278
my gov   IIM   msc   mampu   moa  Talent Corp
TEKUN Nasional No.2, Jalan 4/146 Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9058 8550 / 9058 8999 Faks: 03-90595777
Emel: mailbox@tekun.gov.my
Hakcipta Terpelihara 2012 © TEKUN Nasional
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Tarikh Kemaskini : 04 Februari 2012 09:26 PM
RSS