Inisiatif Prihatin Banjir TEKUN

Diterbitkan pada: 19/01/2021
Dikemaskini pada: 19/01/2021

Pembiayaan Bertindih

Ia adalah permohonan tambahan modal kepada usahawan yang terlibat dengan bencana banjir ( premis perniagaan atau rumah kediaman ) yang mengakibatkan perniagaan mereka terjejas dan juga sebagai modal untuk mereka meneruskan perniagaan.

KLIK – Soalan Lazim Pembiayaan Bertindih

Penangguhan Bayaran Balik dan Penjadualan Semula

Ia adalah  penangguhan bayaran balik selama 6 bulan ( Januari hingga Jun 2021 ) kepada usahawan yang terlibat dengan bencana banjir ( premis perniagaan atau rumah kediaman ) yang mengakibatkan peminjam menghadapi kesukaran untuk menjelaskan bayaran balik pembiayaan.

KLIK: Soalan Lazim Penangguhan Bayaran Balik dan Penjadualan Semula

Pengeluaran Simpanan

Simpanan adalah simpanan wajib yang perlu dibayar dan lebihan bayaran daripada ansuran bulanan pembiayaan TEKUN. Simpanan wajib ini telah dimasukkan dalam jumlah ansuran bulanan pembiayaan TEKUN.

KLIK: Soalan Lazim Pengeluaran Simpanan