Soalan Lazim – Pembiayaan Bertindih

Diterbitkan pada: 19/01/2021

Apakah yang dimaksudkan dengan tambahan modal melalui pembiayaan bertindih ( overlap ) di bawah Inisiatif Prihatin Banjir TEKUN?

Ia adalah permohonan tambahan modal kepada usahawan yang terlibat dengan bencana banjir ( premis perniagaan atau rumah kediaman ) yang mengakibatkan perniagaan mereka terjejas dan juga sebagai modal untuk mereka meneruskan perniagaan.

Apakah kriteria permohonan pembiayaan bertindih ini?

Pembiayaan bertindih ini boleh dimohon oleh usahawan yang mempunyai rekod bayaran balik pembiayaan terdahulu yang baik dan selepas 24 bulan membuat bayaran balik dan telah membuat bayaran balik separuh daripada jumlah pembiayaan ( Jumlah pembiayaan + Kadar keuntungan + Simpanan ).

Apakah yang perlu dilakukan oleh usahawan untuk mendapatkan permohonan pembiayaan bertindih ini?

Usahawan perlu melengkapkan Borang JPP/BORANG/07 dan mengemukakan kepada Pejabat TEKUN Cawangan. TEKUN tidak melantik mana-mana agen atau pihak ketiga untuk proses penangguhan ini. ( Borang akan dicetak melalui sistem )

Adakah semua produk pembiayaan TEKUN boleh memohon permohonan pembiayaan bertindih ini?

Semua produk pembiayaan layak memohon dengan syarat tidak melebihi RM100,000 KECUALI produk Kontrak-I.

Saya tidak memenuhi syarat kelayakan pembiayaan bertindih kerana tempoh pembiayaan telah tamat, apakah bantuan lain yang boleh diberikan oleh TEKUN?

Sekiranya pembiayaan anda telah tamat tempoh, anda dinasihatkan untuk membayar tunggakan tersebut atau membuat penjadualan semula pembiayaan di Pejabat TEKUN Cawangan.

Bilakah tarikh akhir permohonan pembiayaan bertindih ini?

Permohonan boleh dibuat dalam pada bila – bila masa dari tarikh berlakunya bencana dengan mengemukakan Borang JPP/BORANG/07 yang telah dilengkapkan kepada Pejabat Cawangan.