Kaedah Bayaran Balik Skim Pembiayaan TEKUN Nasional

Diterbitkan pada: 22/02/2016
Dikemaskini pada: 16/01/2017

Poster-Kaaedah-bayaran-balik-edit

Pejabat Tekun Kawasan

sub bulet

  • Usahawan / Peminjam boleh membuat bayaran balik di mana-mana Pejabat TEKUN Kawasan
  • Sila pastikan Resit Rasmi diterima dan disemak selepas membuat bayaran.
  • Sila simpan Resit Rasmi ini sebagai bukti bayaran.

Cek Tarikh Tertunda

sub bulet

  • Pembayaran secara Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) adalah diwajibkan kepada peminjam dengan Jumlah Pinjaman RM20,000 dan ke atas. Peminjam dengan jumlah pinjaman di bawah RM20,000 juga digalakkan untuk membuat bayaran balik dengan menggunakan CTT ini.
  • Sila pastikan maklumat berikut ditulis pada CTT
    • Nama penerima bayaran adalah “TEKUNNASIONAL”
    • Tarikh Cek adalah pada 5hb atau 25hb setiap bulan
    • Nama Penuh dan No Telefon Peminjam ditulis di belakang CTT
    • Cek ditandatangani oleh penandatangan yang dibenarkan.
  • Resit Rasmi akan dikeluarkan dan diserah kepada peminjam apabila CTT berstatus jelas.

Pos Malaysia Online

pos malaysia online

Bayaran balik pinjaman TEKUN boleh dibuat secara Online menggunakan portal Pos Malaysia.

Institusi Perbankan

institusi perbankan

Pembayaran yang menggunakan kemudahan perbankan.