Polisi Pengurusan Kualiti

Diterbitkan pada: 17/02/2016
Dikemaskini pada: 08/06/2016

Bahawasanya kami, pihak Pengurusan dan Warga Kerja TEKUN Nasional berjanji dan berazam untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami dengan sebaik-baiknya bagi mencapai visi, misi dan matlamat penubuhan institusi ini.

Kami berpegang kepada prinsip berkhidmat dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan kewibawaan dengan nilai-nilai murni serta amalan tadbir urus korporat yang baik bagi memenuhi kehendak dan keperluan “stakeholder” kami serta golongan sasar yang menjadi pelanggan kepada TEKUN Nasional.

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkualiti dengan mengamalkan Sistem Pengurusan Prestasi dan Kualiti serta sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaian dan mutu perkhidmatan kami dari masa ke semasa.