Maklumat & Syarat Pinjaman

Diterbitkan pada: 16/02/2016
Dikemaskini pada: 08/06/2016

Jumlah Pinjaman TEKUN

Pinjaman

Jumlah

Tempoh Bayaran

Skim Pinjaman Mikro ( SPM )

RM 1,000 – RM5,000

Sehingga 3 tahun
Skim Pinjaman Mikro ( SPM )

>RM 5,000 – RM10,000

Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Kecil ( SPK )

>RM 10,000 – RM50,000

Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Sederhana ( SPS )

>RM 50,000 – RM100,000

Sehingga 10 tahun

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.

Cara Bayaran Balik

Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.

Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN

Usahawan diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran sumbangan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Bayaran Proses

Pinjaman

Bayaran

RM 1,000 – RM 5,000

RM 50

> RM 5,000 – RM 10,000

RM 100

> RM 10,000 – RM 20,000

RM 150

> RM 20,000 – RM 30,000

RM 200

> RM 30,000 – RM 40,000

RM 250

> RM 40,000 – RM 50,000

RM 300

> RM 50,000 – RM 100,000

RM 500

Simpanan

Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Perlindungan Insurans

Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan Insuran Hayat & Kemalangan ( peminjam ) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pinjaman.

Syarat Kelayakan Asas Pinjaman TEKUN Nasional

  1. Bumiputera dan Masyarakat India (Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India – SPUMI)
  2. Berumur 18 – 65 tahun.
  3. Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  4. Mempunyai lesen/Permit/Daftar Perniagaan yang sah (Pinjaman di bawah RM 5,000 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [SSM] ).
  5. Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
  6. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan (Pinjaman sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan)
  7. Satu pinjaman bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isirumah).
  8. Bayaran balik pinjaman RM 20,000 sehingga RM 100,000 menggunakan bayaran Cek Tertunda Tarikh (Post- Dated Cheque).
  9. Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
  10. Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman/perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan (kecuali permohonan di kalangan siswazah).
  11. Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000.

Skim Pinjaman Tekun (SPT)

Skim Pinjaman Mikro (SPM) : RM 1,000 - RM 10,000

    • Pinjaman RM 5,000 dan ke bawah
      • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
      • Umur 18 – 65 tahun.
      • Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib sehingga 5% setahun.
      • Tidak perlukan pendaftaran perniagaan.
      • Lesen PBT ( sekiranya ada ).
      • Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 7 hari.
      • Kelulusan pinjaman di peringkat Kawasan.
      • Tempoh bayaran balik sehingga 3 tahun.
      • Penyaluran pinjaman secara autodebit.
      • Perniagaan sambilan atau sepenuh masa.
      • Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
      • Borang Maklumat Asas Perniagaan ( JPP 06 ) wajib diisi.
      • Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK )
      • Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh ( sekiranya ada ).
    • Pinjaman > RM 5,000 – RM 10,000
      • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
      • Umur 18 – 65 tahun.
      • Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
      • Perlu pendaftaran perniagaan ( Sabah dan Sarawak boleh dikecualikan ).
      • Perlu lesen PBT ( jika berkenaan ).
      • Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 14 hari.
      • Tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun.
      • Penyaluran pinjaman secara autodebit.
      • Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa (separuh masa boleh dipertimbangkan).
      • Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
      • Borang maklumat asas perniagaan JPP 06 wajib diisi.
      • Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK ).
      • Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh ( sekiranya ada ).

Skim Pinjaman Kecil (SPK) : > RM 10,000 - RM 50,000

    • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
    • Umur 18 – 65 tahun.
    • Had pinjaman melebihi RM 10,000 sehingga RM 50,000.
    • Tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun.
    • Sumbangan Pengurusan sehingga 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
    • Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 21 hari.
    • Perlu pendaftaran perniagaan atau syarikat.
    • Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
    • Perniagaan yang dijalankan secara sepenuh masa.
    • Kelulusan pinjaman atas nama syarikat dan rakan kongsi bagi pinjaman RM20,000 dan ke atas ( 100% milik  Bumiputera ). Pinjaman kurang RM20,000 menggunakan nama individu.
    • Penyaluran pinjaman menerusi autodebit ( pinjaman kurang RM20,000 ) atau cek.
    • Kertas Rancangan Perniagaan ( KRP ) wajib dikemukakan.
    • Kelayakan permohonan bagi tempoh penubuhan dan operasi syarikat adalah melebihi 6 bulan beroperasi.
    • Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
    • Mengemukakan penyata akaun bank ( 3 bulan terakhir ).
    • Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK )
    • Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) ( pinjaman RM 20,000 dan ke atas, wajib mengemukakan CTT, sekurang-kurangnya 12 keping )
    • Had modal berbayar tidak melebihi RM 100,000 ( Modal berbayar melebihi RM100,000 boleh dipertimbangkan ).

Skim Pinjaman Sederhana (SPS) : > RM 50,000 - RM 100,000

    • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
    • Umur 18 – 65 tahun.
    • Had pinjaman  melebihi RM50,000 sehingga RM100,000.
    • Tempoh pinjaman sehingga 10 tahun.
    • Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
    • Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 30 hari .
    • Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
    • Penyaluran pinjaman menerusi cek.
    • Kadar yuran proses bagi pinjaman melebihi RM50,000 hingga RM100,000 adalah RM500.
    • Permohonan dan kelulusan kepada syarikat atau perniagaan berdaftar.
    • Syarikat / perniagaan milik 100% Bumiputera.
    • Kelayakan permohonan bagi tempoh penubuhan dan operasi syarikat adalah melebihi 6 bulan beroperasi.
    • Keutamaan kepada Usahawan TEKUN sedia ada yang mempunyai prestasi perniagaan dan rekod bayaran balik yang baik ( pertimbangan juga boleh diberikan kepada pemohon yang bukan dari kalangan Usahawan TEKUN yang mempunyai prestasi perniagaan yang baik )
    • Semakan kredit wajib dilaksanakan ( Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000  dan mempunyai prestasi bayaran balik yang baik )
    • Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
    • Surat makluman penyaluran pinjaman akan dikemukakan kepada syarikat sekiranya cek pinjaman telah diserahkan sebagai rujukan dan pengesahan syarikat.
    • Wajib mengemukakan Kertas Rancangan Perniagaan (KRP).
    • Had modal berbayar tidak melebihi RM 300,000 ( Modal berbayar melebihi RM300,000 boleh dipertimbangkan ).
    • Mengemukakan penyata akaun bank ( 3 bulan terakhir ).
    • Wajib hadir Kursus Pengurusan Perniagaan ( KPP ).
    • Peminjam WAJIB membuat bayaran balik pinjaman hanya menerusi Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) – 24 keping

Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India ( SPUMI ) : RM 1,000 – RM 100,000

  • Warganegara Malaysia dan Masyarakat India.
  • Umur 18 – 65 tahun.
  • Had pinjaman RM1,000 sehinggga RM100,000.
  • Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun.
  • Pinjaman di bawah RM20,000, penyaluran pinjaman melalui individu. Penyaluran pinjaman melebihi RM20,000 disalurkan atas nama syarikat ( 100% milik Bangsa India ).
  • Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan Simpanan Wajib 5% setahun.
  • Tempoh kelulusan :
    • Pinjaman di bawah RM5,000 – 7 hari
    • Pinjaman > RM5,000 – RM10,000 – 14 hari
    • Pinjaman > RM10,000 – RM50,000 –  21 hari
    • Pinjaman > RM50,000 – RM100,000 – 30 hari
  • Perlu pendaftaran perniagaan atau syarikat ( pinjaman di bawah RM5,000 tidak memerlukan pendaftaran perniagaan ).
  • Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
  • Penyaluran pinjaman menerusi cek atau autodebit.
  • Perniagaan sambilan / sepenuh masa.
  • Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
  • Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan Simpanan Wajib 5% setahun.
  • JPP06 / Kertas Rancangan Perniagaan ( KRP ) wajib dikemukakan.
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 ( Modal berbayar melebihi RM300,000 boleh dipertimbangkan ).
  • Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan / Kursus Pengurusan Perniagaan ( SAK / KAK / KPP )
  • Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) ( pinjaman RM 20,000 dan ke atas, wajib mengemukakan CTT, sekurang-kurangnya 12 keping )

Skim Pinjaman Usahawan Veteran - ATM ( SPUV ) : RM 1,000 – RM 50,000

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera atau Masyarakat India.
  • Umur 18 – 65 tahun.
  • Had pinjaman  melebihi RM1,000 sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun.
  • Sumbangan Pengurusan dibiayai oleh Kerajaan dan Simpanan Wajib 5% setahun.
  • Perlu pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
  • Sokongan dan pengesahan daripada PERHEBAT.
  • Tempoh kelulusan 21 hari.
  • Penyaluran pinjaman menerusi cek atau auto debit.
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
  • Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
  • Borang JPP 06 wajib dikemukakan.