Iklan Tender

Diterbitkan pada: 29/06/2020
Dikemaskini pada: 08/10/2020

Dokumen boleh diperolehi di:

Jabatan Perolehan, TEKUN Nasional,
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi,
Menara Tekun, T5-01-01, Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2,
Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dalam bentuk Draf Bank/Kiriman Wang/ Wang Pos/ Tunai atas nama TEKUN Nasional. Cek persendirian tidak akan diterima.

Dokumen Meja tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Untuk maksud ini Kontraktor-kontraktor yang ingin membeli dokumen tender diwajibkan membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL ATAU KAD PERAKUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB) dan SIJIL PENDAFTARAN ASAL SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)/PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)/KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) dan sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera jika berkenaan.

Naskah Meja Tender akan dijual mulai hari Isnin hingga Jumaat semasa waktu pejabat seperti berikut:

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (LPIP/CIDB) dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja seperti jadual di bawah:

Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak seperti tarikh dan tempat berikut :

Bagi lawatan tapak dan sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil LPIP/CIDB dan MOF sahaja yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan (dibenarkan maksimum 2 orang pemegang lesen).

Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada PENAMA yang tercatat di dalam Sijil LPIP/CIDB dan MOF dan yang menghadiri sesi taklimat tender. Untuk maksud ini, setiap kontraktor hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Asal, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (LPIP/CIDB), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kad Pengenalan (I/C) Asal. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti tertera di atas. Dokumen tender tidak dijual selepas tempoh tersebut.

TEKUN Nasional (TEKUN) tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah. TEKUN Nasional (TEKUN) juga mempunyai hak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau penerangan lanjut, petender boleh berhubung melalui e-mel kepada [email protected] / [email protected]

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dikemukakan ke alamat seperti tertera di atas. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup yang ditetapkan tidak akan dilayan.