REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Diterbitkan pada: 05/10/2020

Request For Proposal ini adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (LPIP/CIDB) dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja seperti jadual di bawah:

Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat RFP dan lawatan tapak seperti tarikh dan tempat berikut :

Tempat: Platinum Mall, Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan

Tarikh: 10 Oktober 2020 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi

Bagi lawatan tapak dan sesi taklimat RFP yang diwajibkan, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil LPIP/CIDB dan MOF sahaja yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan (dibenarkan maksimum 2 orang pemegang lesen).

RFP akan dikeluarkan kepada PENAMA yang tercatat di dalam Sijil LPIP/CIDB dan MOF dan yang menghadiri sesi taklimat RFP. Untuk maksud ini, setiap kontraktor hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Asal, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (LPIP/CIDB), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kad Pengenalan (I/C) Asal. RFP boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti tertera di atas. Dokumen RFP tidak dijual selepas tempoh tersebut.

TEKUN Nasional (TEKUN) tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah. TEKUN Nasional (TEKUN) juga mempunyai hak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau penerangan lanjut, petender boleh berhubung melalui e-mel kepada [email protected] /[email protected]

RFP yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dikemukakan ke alamat seperti tertera di dalam jadual di atas. RFP yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup yang ditetapkan tidak akan dilayan.