Soalan Lazim

Diterbitkan pada: 04/03/2017

  1. Apakah Skim Pembiayaan Program TemanNita?
    Skim Pembiayaan Program TemanNita adalah pembiayaan mikro yang digunakan untuk membiayai secara berkumpulan khusus untuk kaum wanita .
  2. Apakah syarat-syarat utama menyertai Program TemanNita?
    Bumiputera & wanita yang mempunyai perniagaan sah.
  3. Apakah panggilan kepada ahli yang meminjam?
    Ahli atau penerima biaya dipanggil TemanNita.
  4. Apakah jenis dan jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh Program TemanNita?
    Perniagaan berkumpulan lima orang WANITA ( 5 ) dan jumlah seperti berikut:-
    Pembiayaan Pertama dari RM1,000 Sehingga RM10,000
    Pembiayaan Kedua RM1,000 sehingga RM20,000
  5. Sebagai penerima biaya Program TemanNita, apakah kewajipan setiap minggu?
    TemanNita wajib hadir ke perjumpaan mingguan dan membuat bayaran pembiayaan setiap minggu (*di dalam kes tertentu / tidak dapat dielakkan ahli dibenarkan hadir ke perjumpaan minima 2 kali dalam tempoh sebulan dan bayaran balik dibuat mengikut perjanjian pembiayaan yang dipersetujui. Tertakluk kepada kelulusan dari pihak TEKUN Nasional)
  6. Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan Program TemanNita?
    Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.
  7. Kenapa saya perlu bayar secara mingguan? Kenapa tidak secara bulanan?
    Pembayaran mingguan memudahkan usahawan. Usahawan boleh membuat pembayaran secara bulanan tetapi WAJIB hadir ke perjumpaan mingguan untuk mewujudkan hubungan rapat antara TEKUN dan Usahawan.
  8. Apakah Pembiayaan Program TemanNita dikenakan caj atau faedah?
    Pembiayaan Program TemanNita dikenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun dan 5% setahun untuk simpanan / tabungan peminjam.
  9. Berapa lama proses kelulusan Program TemanNita?
    Proses kelulusan adalah dalam tempoh 14 hari bekerja.
  10. Apakah yang dimaksudkan dengan Perjumpaan TemanNita?
    Perjumpaan mingguan di antara Pegawai TEKUN dan Usahawan yang terlibat dengan Kumpulan TemanNita.
  11. Jika sekiranya terdapat banyak kumpulan dalam satu cawangan , bagaimanakah perjumpaan TemanNita ini akan dilaksanakan?
    Perjumpaan TemanNita akan dilaksanakan dengan gabungan antara 2 hingga 10 kumpulan bagi satu cawangan.
  12. Jika seorang dalam satu kumpulan TemanNita ( 5 orang ) ingin membuat penyelesaian awal, adakah dibenarkan?
    Boleh, pihak TEKUN akan menawarkan semula pembiayaan secara Individu / kumpulan dengan nilai yang lebih besar berdasarkan rekod bayaran balik.
  13. Adakah dibolehkan pemohon Program TemanNita membuat pembiayaan bertindih (Overlaping) ?
    Boleh, dengan syarat pembiayaan bertindih secara berkumpulan selepas 1 tahun dan separuh baki pembiayaan
  14. Jika permohonan yang dihantar tidak mencukupi untuk membentuk satu kumpulan TemanNita ( 5 orang ) adakah pemohonan boleh diproses?
    Tidak boleh diproses, perlu melengkapkan 5 orang untuk membentuk satu kumpulan
  15. Jika terdapat salah seorang ahli kumpulan meninggal dunia, SEMASA permohonan pembiayaan beliau sedang diproses untuk kelulusan, apakah tindakan selanjutnya?
    Kumpulan perlu mengantikan permohonan dengan ahli baru yang telah dipersetujui. Pegawai TEKUN boleh mencadangkan sekiranya terdapat ahli yang bersesuaian untuk mengantikan ahli tersebut dengan persetujuan kumpulan.
  16. Jika terdapat salah seorang ahli kumpulan meninggal dunia, membuat penyelesaian awal, berpindah setelah permohonan DILULUSKAN, apakah tindakan selanjutnya?
    Tidak perlu membuat penggantian ahli dan nama ahli tersebut masih kekal di dalam kumpulan tersebut dengan mencatatkan status di dalam sistem.
  17. Jika terdapat perkongsian pada SSM, adakah semua penama tersebut dibenarkan membuat pembiayaan melalui Program TemanNita?
    Tidak dibenarkan
  18. Jika terdapat salah seorang dalam ahli kumpulan yang GAGAL membayar, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai TEKUN?
    Jika ada di antara ahli yang gagal membuat bayaran balik, ahli kumpulan tersebut bertanggungjawab memastikan bayaran tersebut dijelaskan semasa perjumpaan
    mingguan.
  19. Jika tindakan tersebut masih gagal ( usahawan tidak mahu membayar ) apakah tindakan cawangan selanjutnya?
    Pegawai TEKUN perlu menasihatkan usahawan dan kumpulan tersebut dan jika masih gagal tindakan undang-undang boleh diambil kepada usahawan tersebut.
  20. Jika salah seorang ahli kumpulan ingin meminjam lebih dari jumlah pembiayaan yang telah kumpulan persetujui? Cth; 4 orang ingin pinjam RM5,000 manakala 1 orang RM10,000
    Tidak boleh, kesemua ahli perlu bersetuju dengan satu jumlah pembiayaan yang sama
  21. Adakah jumlah pembiayaan setiap ahli kumpulan perlu sama ? Siapa yang patut/ boleh menentukan jumlah pembiayaan ahli?
    Ya, jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran balik setiap ahli mestilah sama. Ketua Kumpulan boleh mencadangkan pada ahli dan kesemua ahli mestilah secara bersama bersetuju dengan jumlah dan tempoh sebelum dikemukakan kepada Pegawai TEKUN. (*tertakluk kepada kelulusan dari pihak TEKUN Nasional)
  22. Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?
    Pembiayaan Program TemanNita dilindungi oleh Insuran Takaful . Sekiranya berlaku kematian ahli TemanNita, insuran ini akan menanggung keseluruhan pembiayaan dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.
  23. Jika ada dikalangan ahli TemanNita yang telah berpindah premis atau rumah ?
    Ahli kumpulan tersebut wajib membuat bayaran dan kekal di dalam kumpulan
  24. Apakah kelebihan dan perbezaan pembiayaan Program TemanNita berbanding Skim lain yang menggunakan konsep yang sama?
    Kelebihan dan perbezaan Program TemanNita adalah seperti dibawah:-1. Caj perkhidmatan yang terendah 4% setahun dikalangan Institusi Mikro Kredit di Malaysia.
    2. Ahli khusus untuk wanita sahaja.
    3. Perjumpaan mingguan dibuat dilokasi yang berdekatan dengan tempat perniagaan dan dalam tempoh yang singkat.
    4. Perjumpaan secara mingguan dan di dalam kes tertentu dibenarkan minima hadir 2 kali dalam sebulan dengan persetujuan pihak TEKUN.
    5. Bayaran balik setiap minggu, dua minggu sekali & sebulan sekali DIBENARKAN tanpa pengurangan jumlah bayaran balik yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Pembiayaan.
    6. Jumlah dan tempoh pembiayaan adalah sama bagi setiap ahli kumpulan.
    7. Penyelesaian awal pembiayaan bagi mana mana ahli / kumpulan dibenarkan selepas 6 bulan dari tarikh permohonan terdahulu diluluskan.
    8. Sekiranya ahli meninggal dunia, membuat penyelesaian awal, berpindah dan lain-lain, tidak perlu membuat penggantian ahli kumpulan.
    9. Semua ahli kumpulan ( 5 orang ) dibenarkan membuat pembiayaan serentak tanpa menunggu prestasi ahli lain kerana semua sudah menjalankan perniagaan.
    10. Proses kelulusan yang cepat di dalam tempoh 14 hari bekerja
  25. Bagaimana saya boleh mengetahui alamat dan nombor telefon Pejabat Cawangan TEKUN?
    Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan 03 9058 8550 atau lawati laman web rasmi www.tekun.gov.my untuk mengetahui alamat pejabat TEKUN di seluruh negara.