Diterbitkan pada: 08/04/2016
Dikemaskini pada: 13/04/2018
Latar Belakang
Institut Keusahawanan TEKUN Nasional (IKTN) telah diwujudkan pada tahun 2010 sebagai sebuah entiti latihan pembangunan usahawan di bawah TEKUN Nasional bagi melengkapkan peranan TEKUN Nasional sebagai sebuah agensi pembangunan usahawan bumiputera yang bukan hanya menyediakan modal perniagaan, tetapi juga terlibat secara langsung dalam pembangunan dan kecemerlangan usahawannya.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan keusahawanan yang unggul di Malaysia.
Misi
Menyediakan program latihan keusahawanan yang berkualiti kepada usahawan, kakitangan dan bakal-bakal Usahawan TEKUN.
Objektif
- Melaksanakan program-program latihan kemahiran keusahawanan kepada usahawan-usahawan TEKUN.
- Melaksanakan program-program latihan pengurusan keusahawanan kepada kakitangan TEKUN Nasional.
- Melaksanakan program pembudayaan keusahawanan di kalangan masyarakat umum dan bakal-bakal usahawan di Malaysia.
- Menjalankan aktiviti kajian & pembangunan, pengumpulan maklumat dan penerbitan keusahawanan.
- Menyediakan khidmat perundingan dalam bidang latihan dan pembangunan keusahawanan.
Program Tumpuan
1. Latihan Pembangunan Usahawan TEKUN :-
- Seminar Asas Keusahawanan – Meningkatkan pengetahun dan kefahaman para usahawan TEKUN tentang matlamat penubuhan TEKUN Nasional, strategi & teknik pemasaran berkesan serta pengurusan kewangan perniagaan yang cekap.
- Kursus Keusahawanan Lanjutan – Meningkatkan kemahiran keusahawanan dari segi ‘soft skills’ dan ‘hard skills’ mengikut tahap dan keperluan usahawan.
- Seminar Pra Pinjaman – Memberi pengetahuan kepada bakal-bakal peminjam TEKUN Nasional berhubung produk-produk pinjaman sedia ada serta cara-cara penyediaan dokumen permohonan pinjaman yang tepat.
- Seminar Keusahawanan Awam – Meningkatkan daya saing usahawan kecil dan sederhana menerusi perkongsian maklumat, idea dan strategi perniagaan terkini yang mampu melonjakkan prestasi perniagaan mereka.
2. Latihan Pembangunan Warga Kerja TEKUN Nasional :-
- Kursus Induksi – Meningkatkan kefahaman warga kerja baru berkaitan fungsi, pentadbiran dan operasi TEKUN Nasional.
- Kursus Kemahiran Kerja / Reskilling – Meningkatkan kemahiran, kualiti & produktiviti warga kerja TEKUN Nasional.
- Kursus Peningkatan Kendiri – Meningkatkan pengetahuan dan kualiti diri warga kerja TEKUN Nasonal.
- Kursus Kepimpinan & Pengukuhan Pasukan – Meningkatkan kualiti kepimpinan dan semangat kerja berpasukan warga kerja TEKUN Nasional.
- TEKUN Certified Credit Executive (TCCE) – Meningkatkan kemahiran pengurusan kredit warga kerja TEKUN Nasional.
- Kursus ‘Train The Trainer’ (TTT) – Meningkatkan kemahiran pengendalian latihan kepada warga kerja yang terlibat secara langsung dalam latihan keusahawanan.
Galeri
- Latihan Usahawan
- Latihan Warga Kerja