Diterbitkan pada: 04/07/2018
Dikemaskini pada: 04/08/2018
Program Agropreneur Muda 2017
- TEKUN menyediakan program pinjaman untuk membantu belia yang terlibat dengan aktiviti Pertanian dan Industri Asas Tani.
- Syarat Kelayakan Asas
Program pinjaman ini adalah mengikut syarat pinjaman TEKUN sedia ada.
- Syarat Kelayakan Tambahan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 – 40 tahun sahaja;
- Telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 6 bulan ( telah mendapat hasil )
- Pembiayaan untuk pengembangan / pembesaran projek sahaja
- Pemohonan perlu mendapat sokongan daripada Jabatan / Agensi pembimbing di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
- Maklumat Pinjaman adalah seperti berikut:
- Jumlah Pinjaman sehingga RM 50,000 sahaja.
- Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan.
- Sumbangan Tabung Pengurusan yang dikenakan adalah sebanyak 2% setahun.
- Simpanan wajib 5% setahun
- Pemantauan pelaksanaan projek secara bersama oleh TEKUN & Jabatan / Agensi Pembimbing di bawah MOA.
Program Pembangunan Usahawan Siswazah ( PPUS )
- TEKUN menyediakan program pinjaman untuk membantu golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian / telah bekerja dan berminat untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal.
- Syarat Kelayakan Asas
Program pinjaman ini adalah mengikut syarat pinjaman TEKUN sedia ada.
- Syarat Kelayakan Tambahan
- Mempunyai Diploma / Ijazah / Ijazah Lanjutan. Tempoh sah laku 10 tahun.
- Berumur 18 – 40 tahun sahaja.
- Maklumat Pinjaman adalah seperti berikut:
- Jumlah Pinjaman sehingga RM 50,000 sahaja
- Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan.
- Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
- Simpanan wajib 5% setahun
- Perniagaan secara perkongsian pintar (smart partnership) dibenarkan.
- Maksima 3 orang rakan kongsi dikalangan siswazah boleh memohon pinjaman TEKUN Nasional untuk tujuan perniagaan syarikat tersebut.
- Jumlah keseluruhan maksima pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu syarikat adalah RM150,000.00 (maksima RM50,000 setiap seorang rakan kongsi).
Program Pembiayaan Nelayan / Pemasar
- TEKUN menyediakan program pinjaman untuk membantu golongan nelayan yang memerlukan modal bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti perikanan yang dirancang serta untuk membantu mengurangkan dan memerangi orang tengah melalui pengambilalihan hutang nelayan.
- TEKUN telah menyediakan pinjaman kepada golongan nelayan ini dalam 4 aktiviti iaitu :
- Menyelesaikan Hutang Daripada Orang Tengah
( Pinjaman akan disalurkan terus kepada Orang Tengah ) - Membeli Input & Peralatan Kelengkapan ( Sampan, Enjin & Pukat )
- Penternakan Ikan Dalam Sangkar ( Akuakultur )
- Pinjaman Kepada Isteri Nelayan Untuk Aktiviti Yang Boleh Menjana & Menambah Pendapatan
- Menyelesaikan Hutang Daripada Orang Tengah
- Syarat Kelayakan Asas
- Program pinjaman ini adalah mengikut syarat pinjaman TEKUN sedia ada.
- Syarat Kelayakan Tambahan
- Menjalankan sendiri aktiviti nelayan
- Memiliki lesen nelayan (Keutamaan adalah kepada ahli Persatuan Nelayan)
- Mempunyai bot / perahu
- Maklumat Pinjaman adalah seperti berikut:
- Jumlah Pinjaman sehingga RM 50,000 sahaja
- Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan.
- Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
- Simpanan wajib 5% setahun
Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera ( SPBT )
- TEKUN menyediakan program pinjaman untuk membantu bekas anggota tentera dan juga isteri atau anak bekas tentera yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.
- Syarat Kelayakan Asas
Program pinjaman ini adalah mengikut syarat pinjaman TEKUN sedia ada.
- Syarat Kelayakan Tambahan
- Buku Perkhidmatan ATM
- Terdiri daripada bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen
- Pasangan dan Anak di kalangan bekas tentera boleh dipertimbangkan
- Maklumat Pinjaman adalah seperti berikut:
- Jumlah Pinjaman sehingga RM100,000 bagi Bekas Tentera Yang Berpencen Dan Tidak Berpencen
- Tempoh Bayaran Balik sehingga 10 tahun @ 120 bulan
- Jumlah Pinjaman sehingga RM50,000 bagi Pasangan dan Anak di kalangan bekas tentera
- Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan
- Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
- Simpanan wajib 5% setahun
Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera
- TEKUN menyediakan program pinjaman untuk menggalakkan golongan profesional menceburi bidang perniagaan yang mengamalkan ( practice ) atau menjalankan perniagaan berlainan dari bidang kemahiran untuk memulakan perniagaan atau sebagai modal tambahan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada.
- Syarat Kelayakan Asas
Program pinjaman ini adalah mengikut syarat pinjaman TEKUN sedia ada.
- Syarat Kelayakan Tambahan
- Berumur 18 – 50 tahun sahaja.
- Berdaftar dengan Badan Profesional yang diiktiraf di Malaysia.
- Memiliki sekurang-kurangnya pendidikan tahap Ijazah atau setaraf.
- Modal Berbayar tidak melebihi RM300,000.
- Maklumat Pinjaman adalah seperti berikut:
- Jumlah Pinjaman sehingga RM100,000
- Tempoh Bayaran Balik sehingga 10 tahun @ 120 bulan
- Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
- Simpanan wajib 5% setahun
- Perniagaan secara perkongsian pintar (smart partnership) dibenarkan.
- Rakan kongsi boleh dipertimbangkan ( maksima 3 orang per syarikat )
- Jumlah keseluruhan maksima pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu syarikat adalah RM300,000.00 (maksima RM100,000 setiap seorang rakan kongsi).