Soalan Lazim – Skim Pembiayaan Kepada Komuniti Lain

Diterbitkan pada: 22/01/2021
Dikemaskini pada: 27/01/2021

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pembiayaan kepada Komuniti lain?

Skim Pembiayaan Mikro kepada usahawan Bumiputera yang terdiri daripada usahawan masyarakat orang asli, masyarakat orang Siam dan pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak.

Siapakah yang layak untuk memohon Skim Pembiayaan kepada Komuniti lain?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera, Masyarakat Siam, Orang Asli, pelbagai etnik Sabah dan Sarawak.
  3. Berumur 18- 60 tahun
  4. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  5. Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah atau dokumen yang mengesahkan menjalankan perniagaan dari Penghulu, Tok Batin, Tuai Rumah, atau Ketua Masyarakat Tempatan
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
  7. Bebas daripada tindakan kebankrapan
  8. Syarikat 100% hak milik usahawan
  9. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000
  10. Had Modal Berbayar syarikat tidak melebihi RM300,000

Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon skim pembiayaan kepada komuniti lain?

Terbuka kepada semua sektor perniagaan iaitu Peruncitan, Perkhidmatan, Pembuatan, Pertanian & Perusahaan Asas Tani, Perniagaan Online dan Kontraktor kecil

Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan di bawah skim pembiayaan kepada komuniti lain?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM1,000 hingga  RM 100,000.

Berapa lama tempoh bayaran balik pembiayaan skim pembiayaan kepada komuniti lain?

Tempoh bayaran balik pembiayaan  1 tahun hingga 10 tahun.

Berapakah kadar keuntungan bagi skim pembiayaan kepada komuniti lain?

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen yang diperlukan adalah :

  1. Borang Permohonan Perniagaan TEKUN ( JPP/BORANG/02 )
  2. Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu ( JPP/BORANG/17 )
  3. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) sah atau dokumen yang mengesahkan menjalankan perniagaan dari Penghulu, Tok Batin, Tuai Rumah, atau Ketua Masyarakat Tempatan.
  4. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
  5. Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 3 bulan terkini
  6. Salinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik / air / telefon )

Saya berminat untuk membuat permohonan skim pembiayaan kepada komuniti lain? Bagaimakah kaedah permohonan tersebut?

Usahawan boleh menghantar permohonan melalui Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon.

Adakah TEKUN Nasional melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan skim pembiayaan kepada komuniti lain?

Pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan skim pembiayaan kepada komuniti lain.

Adakah pihak TEKUN memerlukan sebarang cagaran daripada usahawan untuk memohon skim pembiayaan kepada komuniti lain?

Tiada cagaran diperlukan dalam memohon skim pembiayaan kepada komuniti lain.

Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan skim pembiayaan kepada komuniti lain?

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan skim pembiayaan kepada komuniti lain boleh menghubungi TEKUN Nasional di talian 03 – 9059 8888 ( 8.30 pagi – 5.30 petang  / hari bekerja sahaja )  atau layari www.tekun.gov.my