Diterbitkan pada: 04/03/2017
Dikemaskini pada: 24/12/2019
Penerangan
Membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Bumiputera & Wanita.
- Berumur 18 – 60 tahun.
- Telah menjalankan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
- Mempunyai lesen /Permit / Daftar Perniagaan (SSM) yang sah.
- Kebenaran menggunakan lesen / permit yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran bagi pembiayaan RM5,000 dan kebawah sekiranya pemohon gagal menyediakan pendaftaran perniagaan (SSM) di Sabah dan Sarawak.
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
- Pembiayaan perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.
Syarat-Syarat Pembiayaan
- Membentuk kumpulan lima (5) orang usahawan (WANITA) dari kenalan/rakan perniagaan yang boleh dipercayai, ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan.
- Ahli kumpulan merangkumi pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah di sisi undang-undang.
- Perniagaan ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain dalam lingkungan KURANG daripada 10 kilometer dan bergantung kepada lokaliti perniagaan kumpulan.
- Membayar balik secara mingguan / Dwi mingguan / Bulanan / PD Cheque.
- Menghadiri perjumpaan setiap minggu di tapak perniagaan / Pejabat TEKUN Cawagan Cawangan/ tempat yang bersesuaian bersama pegawai TEKUN.
- Pembiayaan Bertindih secara berkumpulan selepas 1 tahun dan separuh baki pembiayaan dibenarkan.
- Menghadiri Seminar Asas Keusahawanan (SAK) TEKUN Nasional.
- Perlindungan di bawah Insuran Takaful (Pembiayaan) dan Insuran Hayat &Kemalangan.
- Caj Pengurusan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
- Simpanan wajib 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.
Jumlah dan Tempoh Pembiayaan
- Pembiayaan pertama dari RM1,000 sehingga RM10,000.
- Pembiayaan seterusnya sehingga RM20,000.
- Tempoh pembiayaan adalah antara 6 bulan sehingga 5 tahun.
Kaedah Bayaran Balik
- Berkonsepkan jaminan &kerjasama di antara ahli kumpulan.
- Kutipan dilaksanakan semasa perjumpaan kumpulansetiap minggu.
- Ikrar dibaca secara individu atau berkumpulan pada setiap perjumpaan mingguan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN Nasional.