Syarat-Syarat Skim Pembiayaan TEKUN Niaga

Diterbitkan pada: 22/02/2016
Dikemaskini pada: 17/05/2017

Jumlah Pembiayaan TEKUN

Pinjaman

Jumlah

Tempoh Bayaran

Skim Pembiayaan Kecil ( SPK )

>RM 10,000 – RM50,000

Sehingga 5 tahun
Skim Pembiayaan Sederhana ( SPS )

>RM 50,000 – RM100,000

Sehingga 10 tahun

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.

Cara Bayaran Balik

Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh. Maklumat lanjut, sila layari http://www.tekun.gov.my/ms/kaedah-bayaran-balik/

Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN

Usahawan diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran sumbangan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Bayaran Proses

Pinjaman

Bayaran

> RM 10,000 – RM 20,000

RM 150

> RM 20,000 – RM 30,000

RM 200

> RM 30,000 – RM 40,000

RM 250

> RM 40,000 – RM 50,000

RM 300

> RM 50,000 – RM 100,000

RM 500

Simpanan

Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Perlindungan Insurans

Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Plan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA – Group Personal Accident) dan Plan Takaful Kredit.

Syarat Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN Nasional

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300.000
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise