Soalan Lazim Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)

Diterbitkan pada: 03/01/2022

Apakah yang dinamakan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Apakah objektif Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Objektif pembiayaan adalah salah satu usaha Kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

Apakah syarat-syarat utama memohon Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Syarat asas pembiayaan adalah sama seperti syarat pembiayaan yang sedia ada seperti berikut:

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Berapakah nilai pembiayaan yang ditawarkan oleh Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Nilai pembiayaan yang akan disalurkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
  • RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business),peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services)

Berapakah kadar keuntungan bagi Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.

Adakah diberikan moratorium bagi Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) ?

Ya, moratorium selama 12 bulan.

Berapa lamakah tempoh proses kelulusan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

Adakah pembiayaan menerusi skim ini dilindungi insurans?

Pembiayaan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) juga dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Adakah TEKUN melantik ejen / wakil untuk Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini.

Saya merupakan peminjam TEKUN sedia ada, adakah saya layak memohon Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Ya, anda layak memohon skim ini sekiranya rekod bayaran balik anda tidak tertunggak melebihi 6 bulan

Saya merupakan peminjam CBRM 2.0 dan SPIN 2.0, adakah saya layak memohon untuk Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Tidak layak

Saya merupaka peminjam bagi produk CBRM 1.0, TBRS, Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0, adakah saya layak memohon untuk Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Layak dipertimbangkan untuk pembiayaan bertindih sekiranya baki pembiayaan kurang RM5,000

Adakah Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) ini mempunyai simpanan seperti skim pembiayaan TEKUN yang lain?

Penerima biaya di bawah SPIM diberikan pengecualian bayaran simpanan.

Adakah saya layak memohon sekiranya tiada SSM atau lessen PBT?

Layak bagi pembiayaan RM 1,000 sehingga RM 5,000

Bagaimana cara saya memohon Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran diseluruh negara atau secara dalam talian – https://tekunfin.tekun.gov.my/

Bagaimana saya boleh mengetahui alamat dan nombor telefon pejabat- pejabat TEKUN?