RAM Credit Info

Diterbitkan pada: 02/03/2016
Dikemaskini pada: 09/06/2016

Apakah RAM Credit Information Sdn Bhd (RAM Credit Info)?

RAM Credit Info adalah sebuah agensi rujukan kredit yang dipercayai dan yang dikendalikan secara profesional yang menyediakan perniagaan dan maklumat kredit mengenai syarikat, perniagaan dan individu.

Apakah jenis laporan yang dikehendaki oleh laporan maklumat kredit?

Laporan maklumat kredit adalah satu rekod fakta mengenai syarikat, perniagaan dan individu dari segi profil kredit mereka dan sejarah masa lalu seperti mana-mana kes-kes litigasi, kes-kes kebankrapan, penggulungan petisyen, rekod pembayaran negatif.

Apakah hubung kait di antara institusi kewangan dan RAM Credit Info?

Semasa memproses permohonan pinjaman, institusi kewangan akan membuat penilaian kredit terhadap peminjam seperti semakan latar belakang peminjam daripada pelbagai sumber seperti maklumat yang dibekalkan oleh RAM Credit Info seperti CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), FIS Data Reference Sdn Bhd (FIS), Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (CBM), Dun & Bradstreet (Malaysia) Sdn Bhd (D&B) Basis Corporation Sdn Bhd dan RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI). Maklumat yang diberikan menerusi laporan kredit tersebut dapat membantu institusi kewangan dalam proses penilaian mereka

Bagaimanakah kaedah perlaksanaan semakan RAMCI?

Setiap semakan yang dilakukan TEKUN Nasional akan memastikan setiap pemohon perlu mengemukakan Borang Kebenaran Penzahiran Maklumat sebelum semakan dibuat

Apakah implikasi sekiranya saya tidak bersetuju untuk memberikan keizinan kepada RAM Credit Info untuk menzahirkan laporan kredit saya kepada institusi kewangan?

Sekiranya anda tidak memberikan keizinan (consent) tersebut kepada sesuatu RAM Credit Info, terdapat kemungkinan bahawa permohonan pinjaman anda tidak akan diproses selanjutnya oleh institusi kewangan kerana maklumat daripada laporan kredit tersebut merupakan satu elemen penting kepada institusi kewangan untuk menjalankan penilaian kredit.

Adakah TEKUN Nasional akan membuat semakan pelaporan bagi setiap permohonan pinjaman baru atau sedia ada?

Ya, TEKUN Nasional akan membuat semakan pelaporan kredit bagi setiap peminjam permohonan baru @ sedia ada bertujuan untuk menilai kemampuan bayaran balik pinjaman TEKUN Nasional serta sejarah pinjaman sedia ada pemohon.

Adakah pemohon perlu menanggung kos semakan pelaporan kredit tersebut?

Tidak, TEKUN Nasional akan menanggung segala kos pentadbiran berkaitan semakan yang dibuat.

Adakah jumlah kelulusan pinjaman akan dipengaruhi oleh laporan yang diterima dari pihak RAMCI?

Ya. Pihak TEKUN Nasional akan membuat pertimbangan sewajarnya bagi kelulusan permohonan hasil laporan yang dikeluarkan oleh pihak RAMCI.

Sekiranya pemohon mempunyai rekod buruk atau telah disenarai hitam, bolehkah permohonan pinjaman TEKUN Nasional dibuat?

Boleh, Namun begitu peminjam perlu menyelesaikan dahulu jumlah baki tertunggak daripada mana-mana institusi kewangan yang terlibat dan barulah permohonan pinjaman tersebut diproses.

Adakah TEKUN Nasional akan berkongsi maklumat atau data kepada pihak RAMCI berkaitan bayaran balik pinjaman TEKUN Nasional?

Ya, TEKUN akan berkongsi maklumat kepada RAMCI bagi peminjam yang mempunyai rekod bayaran balik yang tidak memuaskan. ( NPL )

Adakah peluang saya untuk mendapatkan kemudahan kredit akan terjejas sekiranya rekod saya terdapat di dalam pangkalan data RAM Credit Info?

Tidak. Maklumat yang terdapat di dalam laporan kredit sama ada positif atau negatif merupakan “leading information” bagi institusi kewangan menjalankan penilaian kredit. Institusi kewangan mempunyai garis panduan, strategi perniagaan serta polisi dalaman untuk menganalisa kedudukan kewangan seseorang peminjam dan sebarang keputusan akhir adalah terletak sepenuhnya di tangan institusi kewangan.

Saya telah melangsaikan hutang bagi sesebuah pinjaman namun sejarah mengenai pinjaman tersebut masih terdapat di dalam laporan kredit. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda haruslah mendapatkan surat pengesahan pelangsaian pinjaman (settlement letter) daripada institusi kewangan yang memberikan kemudahan tersebut dan membawa salinan surat tersebut kepada RAM Credit Info bagi tujuan pengesahan dan pengemas kinian maklumat di dalam laporan kredit anda.

Permohonan pinjaman saya telah ditolak oleh institusi kewangan disebabkan sejarah kredit yang buruk seperti yang ditunjukkan di dalam laporan kredit. Apakah yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kedudukan kredit saya?

Rekod dan sejarah kredit yang buruk adalah berkmungkinan besar disebabkan oleh beberapa faktor seperti tunggakan hutang dalam akaun di institusi kewangan yang belum dijelaskan atau pembayaran tidak dibuat pada masa yang ditetapkan. Anda disarankan untuk berbincang dan mendapatkan khidmat nasihat mengenai skim bayaran balik dengan institusi kewangan berkenaan. Rekod kredit anda akan menunjukkan kedudukan yang lebih baik apabila akaun anda kembali teratur dan rekod bayaran balik anda menepati masa yang ditentukan.

Saya telah diisytiharkan bebas daripada masalah kebankrapan. Namun yang demikian, status kebankrapan saya masih terdapat di dalam laporan kredit dan ini telah menimbulkan masalah setiap kali saya membuat permohonan pinjaman. Apakah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini?

Untuk makluman anda, Akta ini telah menetapkan bahawa setiap RAM Credit Info tidak dibenarkan menzahirkan maklumat tentang status kebankrapan individu selepas jangka masa dua tahun selepas tarikh pelepasan individu tersebut daripada kebankrapan. Sehubungan itu, anda disarankan membawa dokumen sokongan kepada RAM Credit Info bagi tujuan pengemas kinian maklumat di dalam laporan kredit anda.

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mendapati TEKUN telah menyalah gunakan maklumat kredit saya untuk tujuan pemasaran atau “cross-selling” tanpa keizinan saya?

Sekiranya anda mempunyai bukti kukuh, anda dinasihati membuat aduan selanjutnya kepada Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit dan siasatan selanjutnya akan dijalankan.