Skim BARAKAT adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM30,000 dengan mensasarkan kepada usahawan informal dan mikro yang mempunyai atau tidak mempunyai lesen/permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM). yang menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan seperti penjualan makanan, minuman, pakaian serta kelengkapan Aidilfitri.
Membantu mengurangkan kekangan kewangan usahawan kecil dan mikro agar dapat menjalankan perniagaan secara lebih terancang dan berdaya maju pada bulan Ramadan.
Konsep Syariah yang digunakan adalah Tawarruq
| NILAI PEMBIAYAAN | JENIS PERNIAGAAN |
|---|---|
| RM1,000 - RM5,000 | Usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT / SSM |
| RM1,000 - RM30,000 | Usahawan yang mempunyai lesen / permit daripada PBT / SSM |
Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen berkaitan seperti berikut:
ATAU
Panduan Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN adalah seperti berikut:
ATAU
Untuk perniagaan informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu / Surat Tawaran atau Permit Bazar Ramadan
Syarat Tambahan:
Terbuka kepada usahawan sedia ada dan usahawan baharu yang memerlukan tambahan modal bagi menyokong aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan khususnya bagi aktiviti berkenaan makanan dan minuman, pakaian serta jualan peralatan dan kelengkapan berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri
Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 3% setahun daripada nilai pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan
Tidak, tiada moratorium ditawarkan untuk skim pembiayaan ini
Proses kelulusan dalam masa 5 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)
Skim BARAKAT juga dilindungi oleh Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini
Penerima biaya sedia ada (akaun aktif) bagi semua produk di bawah Bahagian Pengurusan Pembiayaan termasuk Kontrak-i dan TEMAN TEKUN layak memohon Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) dan permohonan tersebut akan direkodkan sebagai akaun pembiayaan yang berasingan dengan syarat tiada tunggakan (pokok + keuntungan). Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan sedia ada (pokok + keuntungan) tidak boleh melebihi RM100,000
Penerima biaya di bawah Skim BARAKAT diberikan pengecualian bayaran simpanan
Layak bagi pembiayaan RM 1,000 sehingga RM 5,000
Boleh berhubung dengan Pegawai di Pejabat TEKUN Cawangan yang berhampiran dengan lokasi peniagaan
Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui pautan berikut : tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/
Ibu Pejabat TEKUN Nasional 199801015544 (471673-V)
Menara TEKUN, T5-01-01, Maju Link
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000 Bandar Tasik Selatan,
Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi – 5.00 petang
Telefon : 03-9059 8888
Emel : [email protected]
Google Map : https://g.co/kgs/fPtthd
Paparan terbaik dalam Chrome, Mozilla Firefox versi 8.0 & I.E versi 8.0
Hak Cipta Terpelihara ©2026 TEKUN Nasional