Soalan Lazim
Skim Biaya Ramadan
Perniagaan Rakyat (BARAKAT)

Skim BARAKAT adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM30,000 dengan mensasarkan kepada usahawan informal dan mikro yang mempunyai atau tidak mempunyai lesen/permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM). yang menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan seperti penjualan makanan, minuman, pakaian serta kelengkapan Aidilfitri.

Membantu mengurangkan kekangan kewangan usahawan kecil dan mikro agar dapat menjalankan perniagaan secara lebih terancang dan berdaya maju pada bulan Ramadan.

Konsep Syariah yang digunakan adalah Tawarruq

NILAI PEMBIAYAAN JENIS PERNIAGAAN
RM1,000 - RM5,000 Usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT / SSM
RM1,000 - RM30,000 Usahawan yang mempunyai lesen / permit daripada PBT / SSM

 

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen berkaitan  seperti berikut:

  1. BPP/BORANG/01 : Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN yang diisi dengan lengkap
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  3. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)

ATAU

  1. Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)  Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu atau surat tawaran atau Permit Bazar Ramadan
  2. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  3. Salinan Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nombor akaun bank dan nama bank serta 3 bulan transaksi terkini

Panduan Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN adalah seperti berikut:

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 65 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Salinan Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) yang sah dan masih belum tamat tempoh

ATAU

Untuk perniagaan informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada  Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)  Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu / Surat Tawaran atau Permit Bazar Ramadan

  1. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  2. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  3. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  4. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  5. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  6. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  7. Wajib menyediakan penyata bank yang digunakan untuk menjalankan perniagaan sama ada penyata bank akaun simpanan / akaun semasa yang menggunakan perbankan internet
  8. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Syarat Tambahan:

  1. Penerima biaya sedia ada (akaun aktif) bagi semua produk di bawah Bahagian Pengurusan Pembiayaan termasuk Kontrak-i dan TEMAN TEKUN layak memohon Skim Pembiayaan BARAKAT dan permohonan tersebut akan direkodkan sebagai akaun pembiayaan yang berasingan dengan syarat tiada tunggakan (pokok + keuntungan). Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan sedia ada (pokok + keuntungan) tidak boleh melebihi RM100,000
  2. Pemohon perlu mengemukakan Surat Tawaran atau Permit Bazar Ramadan sekiranya pemohon tidak mempunyai perniagaan semasa

Terbuka kepada usahawan sedia ada dan usahawan baharu yang memerlukan tambahan modal bagi menyokong aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan khususnya bagi aktiviti berkenaan makanan dan minuman, pakaian serta jualan peralatan dan kelengkapan berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 3% setahun daripada nilai pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan

Tidak, tiada moratorium ditawarkan untuk skim pembiayaan ini

Proses kelulusan dalam masa 5 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

Skim BARAKAT juga dilindungi oleh Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini

Penerima biaya sedia ada (akaun aktif) bagi semua produk di bawah Bahagian Pengurusan Pembiayaan termasuk Kontrak-i dan TEMAN TEKUN layak memohon Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) dan permohonan tersebut akan direkodkan sebagai akaun pembiayaan yang berasingan dengan syarat tiada tunggakan (pokok + keuntungan). Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan sedia ada (pokok + keuntungan) tidak boleh melebihi RM100,000

Penerima biaya di bawah Skim BARAKAT diberikan pengecualian bayaran simpanan

Layak bagi pembiayaan RM 1,000 sehingga RM 5,000

Boleh berhubung dengan Pegawai di Pejabat TEKUN Cawangan yang berhampiran dengan lokasi peniagaan

Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui pautan berikut : tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Ibu Pejabat TEKUN Nasional 199801015544 (471673-V)
Menara TEKUN, T5-01-01, Maju Link
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000 Bandar Tasik Selatan,
Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
Isnin – Khamis :  8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat             :  8.30 pagi – 5.00 petang

Telefon : 03-9059 8888
Emel : [email protected]
Google Map : https://g.co/kgs/fPtthd

Paparan terbaik dalam Chrome, Mozilla Firefox versi 8.0 & I.E versi 8.0

Tarikh Dikemaskini: 5 Februari 2026

Hak Cipta Terpelihara ©2026 TEKUN Nasional