Takaful Pembiayaan Berkelompok
Usahawan wajib menyertai Takaful Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok & PERKESO
Usahawan diberikan pilihan untuk menyertai pakej Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok yang ditawarkan oleh TEKUN untuk SATU (1) tahun pertama sahaja. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Usahawan diwajibkan untuk menyertai pakej Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) untuk satu (1) tahun pertama sahaja
*Walau bagaimanapun, caruman SKSPS tidak diwajibkan sekiranya pemohon telahpun mencarum skim ini dan masih aktif. Pemohon hanya perlu mengemukakan dokumen pengesahan caruman SKSPS semasa permohonan.