Syarat-syarat
Skim Pembiayaan Pelancongan
& Aneka Kraf (SPAK)

Menawarkan pembiayaan mikro untuk membantu usahawan sektor pelancongan dan kraf untuk mengembangkan perniagaan tetapi kekurangan modal

Usahawan yang menjalankan perniagaan berkaitan pelancongan dan kraf tangan seperti:

  • Operator pelancongan kecil, homestay, pengusaha pusat rekreasi, agen pelancongan tempatan, bajet hotel, homestay, rumah peranginan dan rumah rehat.
  • Penyedia perkhidmatan berkaitan seperti pemandu pelancong, pengusaha aktiviti pelancongan budaya dan alam semula jadi.
  • Pengusaha kraf tempatan sedia ada
  • Usahawan yang memasarkan hasil kraf milik syarikat pengeluar

RM1,000 – RM100,000

6 bulan sehingga 120 bulan @ 10 tahun

4% setahun

5% setahun

Tawarruq

Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini

Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.

Pembiayaan Yuran Wakalah
RM1,000 – RM5,000 RM 50
RM 5,001 – RM 10,000 RM 100
RM 10,001 – RM 20,000 RM 150
RM 20,001 – RM 30,000 RM 200
RM 30,001 – RM 40,000 RM 250
RM 40,001 – RM 50,000 RM 300
RM 50,001 – RM 100,000 RM 500

Takaful Pembiayaan Berkelompok

Usahawan wajib menyertai Takaful Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

PERKESO

Usahawan wajib menyertai pakej Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang menyediakan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 untuk SATU (1) tahun pertama sahaja.  Caruman akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) yang sah dan masih belum tamat tempoh
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan)
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
  14.  

Usahawan mestilah menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan pelancongan seperti berikut:

  • Aksesori rekreasi
  • Agensi pelancongan (wajib mempunyai Lesen daripada MOTAC atau PBT)
  • Aktiviti agen pengangkutan
  • Aktiviti rekreasi dan pelancongan
  • Aktiviti Ekopelancongan (ecotourism)
  • Agropelancongan
  • Pelancongan Kesihatan (health tourism)
  • Bot & sampan penumpang
  • Hotel / Chalet / Homestay / Rumah peranginan / Rumah rehat / Airbnb (sila kemukakan dokumen pengesahkan pendaftaran Airbnb)
  • Lain-lain perniagaan yang melibatkan pelancongan

Usahawan bagi sektor kraf pula mestilah menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan pembuatan dan peruncitan kraf dalam bidang-bidang berikut:

  • Tekstil – Batik, Songket, Tenunan, Sulaman, Tekatan, & Jahitan
  • Hasil Rimba – Kayu, Buluh, Rotan, Bemban, Mengkuang, Daun Getah, Daun Nipan, Rumbia, Bunga Kering & Tempurung
  • Hasil Logam – Perak, Tembaga, Piuter, Besi, Emas (pembuatan sahaja) & Aluminium
  • Hasil Tanah – Seramik, Baru, Kristal & Kaca
  • Aneka Kraf – Manik, Mutiara, Cengkerang & Kulit

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit / Dartar Niaga (SSM) yang sah dan masih belum tamat tempoh
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini yang aktif Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa
  5. Dokumen tambahan (jika berkenaan)

Mengemukakan penyata jualan yang disediakan oleh platform secara atas talian seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dll (jika berkenaan)

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Pejabat TEKUN Cawangan, kutipan oleh Pegawai TEKUN, bayaran melalui mana-mana Bank yang dimaklumkan oleh TEKUN, POS Malaysia, bayaran melalui cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque / PDC), bayaran melalui aplikasi elektronik (Direct Debit e-Mandate) atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh TEKUN dari semasa ke semasa.

Ibu Pejabat TEKUN Nasional 199801015544 (471673-V)
Menara TEKUN, T5-01-01, Maju Link
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000 Bandar Tasik Selatan,
Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
Isnin – Khamis :  8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat             :  8.30 pagi – 5.00 petang

Telefon : 03-9059 8888
Emel : [email protected]
Google Map : https://g.co/kgs/fPtthd

Paparan terbaik dalam Chrome, Mozilla Firefox versi 8.0 & I.E versi 8.0

Tarikh Dikemaskini: 16 Mac 2026

Hak Cipta Terpelihara ©2026 TEKUN Nasional