Syarat-syarat
Skim Pembiayaan
TEKUN Mobilepreneur 4.0

Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal, kereta, van atau lori.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 disediakan kepada pemohon untuk tujuan berikut:

• Pembelian Kenderaan
• Baik Pulih Kenderaan
• Modal Pusingan

Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal, kereta, van atau lori (cth: Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain).

Jenis Kenderaan: Motosikal

I. Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM5,000
II. Pembelian: RM1,000 – RM10,000

Jenis Kenderaan: Kereta, Van atau Lori

I. Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM10,000
II. Pembelian: RM1,000 – RM20,000
• 10% daripada harga kenderaan atau maksimum RM20,000 yang mana terendah
• Tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon

Sehingga 36 bulan @ 3 tahun.

4% setahun.

Dikecualikan

Tawarruq

Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini

Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.

Pembiayaan Yuran Wakalah
RM1,000 – RM5,000 RM 50
RM 5,001 – RM 10,000 RM 100
RM 10,001 – RM 20,000 RM 150
RM 20,001 – RM 30,000 RM 200
RM 30,001 – RM 40,000 RM 250
RM 40,001 – RM 50,000 RM 300
RM 50,001 – RM 100,000 RM 500

Takaful Pembiayaan Berkelompok

Usahawan wajib menyertai Takaful Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

PERKESO

Usahawan wajib menyertai pakej Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang menyediakan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 untuk SATU (1) tahun pertama sahaja.  Caruman akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

  1. Bumiputera / Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India)
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM)
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan))
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

  1. Mempunyai lesen memandu yang sah.
  2. Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat ehailing yang berdaftar.
  3. Mempunyai motosikal / kereta / van / lori sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih kenderaan dan modal pusingan.
  4. Mengemukakan dokumen asal sebut harga (quotation) pembelian kenderaan daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli kenderaan.
  5. Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat
    pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti
    pembelian.
  6. Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut:
    • Aplikasi elektronik – D Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau
    • Cek tarikh tertunda

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti
berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini yang aktif Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  5. Salinan dokumen pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar / ID e-hailing
  6. Dokumen asal sebutharga pembelian kenderaan daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli kenderaan
  7. Tiga (3) bulan penyata e-hailing terkini
  8. Dokumen tambahan (jika berkenaan)

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Pejabat TEKUN Cawangan, kutipan oleh Pegawai TEKUN, bayaran melalui mana-mana Bank yang dimaklumkan oleh TEKUN, POS Malaysia, bayaran melalui cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque / PDC), bayaran melalui aplikasi elektronik (Direct Debit e-Mandate) atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh TEKUN dari semasa ke semasa.

Ibu Pejabat TEKUN Nasional (471673-V)
Menara TEKUN, T5-01-01, Maju Link
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000 Bandar Tasik Selatan,
Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
Isnin – Khamis :  8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat             :  8.30 pagi – 5.00 petang

Telefon : 03-9059 8888
Emel : [email protected]
Google Map : https://g.co/kgs/fPtthd

Paparan terbaik dalam Chrome, Mozilla Firefox versi 8.0 & I.E versi 8.0

Tarikh Dikemaskini: 15 Oktober 2025

Hak Cipta Terpelihara ©2026 TEKUN Nasional