Soalan Lazim
Ar Rahnu TEKUN

Tawarruq

Rahn

Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini

AR RAHNU TEKUN ialah satu cara mudah untuk memperoleh pembiayaan dengan hanya memberikan barangan emas / barang kemas sebagai cagaran di mana AR RAHNU TEKUN akan mengenakan kadar keuntungan yang berpatutan.

Anda perlu membayar jumlah pembiayaan dan jumlah keuntungan. Jumlah keuntungan tersebut perlu dibayar pada tarikh tamat tempoh kontrak, penebusan atau lanjutan tempoh AR RAHNU TEKUN (yang mana berkaitan)

Kadar keuntungan bagi barang gadaian RM0.50* setiap RM100.00 nilai marhun sebulan

Sekiranya anda gagal membayar jumlah harga jualan pada akhir tempoh, pihak AR RAHNU TEKUN mempunyai hak untuk menjual Emas bagi melangsaikan jumlah pembiayaan dan jumlah keuntungan yang dikenakan atau apa-apa kos lain yang berkaitan. Wang lebihan daripada hasil jualan tersebut (jika ada) akan dibayar kepada anda.

Tempoh minimum gadaian adalah 15 hari. Jika penggadai menggadai kurang daripada 15 hari, kadar keuntungan akan tetap mengambilkira tempoh minimum 15 hari.

Pembayaran pembiayaan boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus sebelum atau pada tarikh matang.

  • Pembiayaan dari hasil gadaian akan dibayar secara tunai di kaunter AR RAHNU TEKUN.
  • Tuan perlu menyimpan resit gadaian bagi tebusan dan bayaran ansuran pembiayaan.

Ibu Pejabat TEKUN Nasional (471673-V)
Menara TEKUN, T5-01-01, Maju Link
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000 Bandar Tasik Selatan,
Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
Isnin – Khamis :  8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat             :  8.30 pagi – 5.00 petang

Telefon : 03-9059 8888
Emel : [email protected]
Google Map : https://g.co/kgs/fPtthd

Paparan terbaik dalam Chrome, Mozilla Firefox versi 8.0 & I.E versi 8.0

Tarikh Dikemaskini: 16 November 2025

Hak Cipta Terpelihara ©2026 TEKUN Nasional