Diterbitkan pada: 09/06/2016
Dikemaskini pada: 09/06/2016
Jumlah Pembiayaan TEKUN
Pembiayaan |
Jumlah |
Tempoh Bayaran |
Skim Pembiayaan Kecil ( SPK ) |
>RM 10,000 – RM50,000 |
Sehingga 5 tahun |
Skim Pembiayaan Sederhana ( SPS ) |
>RM 50,000 – RM100,000 |
Sehingga 10 tahun |
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.
Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN
Usahawan diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran sumbangan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.
Bayaran Proses
Pinjaman |
Bayaran |
> RM 10,000 – RM 20,000 |
RM 150 |
> RM 20,000 – RM 30,000 |
RM 200 |
> RM 30,000 – RM 40,000 |
RM 250 |
> RM 40,000 – RM 50,000 |
RM 300 |
> RM 50,000 – RM 100,000 |
RM 500 |
Simpanan
Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.
Perlindungan Insurans
Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Plan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA - Group Personal Accident) dan Plan Takaful Kredit.
Syarat Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN Nasional
TEKUN Nasional turut menyediakan kemudahan pembiayaan kepada masyarakat India melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI). Skim ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat India dalam bidang perniagaan secara inovatif disamping meransang bidang keusahawanan di Malaysia.
PANDUAN KELAYAKAN ASAS SKIM PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA (SPUMI)
-
- Berbangsa India dan warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik India dan warganegara Malaysia
- Salinan Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan yang sah dan masih belum tamat tempoh.
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
- Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan)
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
- Wajib menyediakan penyata bank yang digunakan untuk menjalankan perniagaan sama ada penyata bank akaun simpanan / akaun semasa yang menggunakan perbankan internet.
- Penerima biaya hendaklah membuat bayaran jumlah keseluruhan harga jualan dan simpanan melalui cek tarikh tertunda atau aplikasi eletronik (Direct Debit e-Mandate) bagi nilai pembiayaan yang diluluskan sebanyak RM15,000 sehingga RM100,000.
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
Dokumen Asas Yang Diperlukan
- Borang Permohonan Pembiayaan (BCP/BORANG/01)
- Salinan Kad Pengenalan pemohon & pasangan (jika berkenaan) - depan & belakang
- Salinan Lesen / Permit / Daftar Niaga (SSM) yang sah dan masih belum tamat tempoh
- Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank Akaun Simpanan / Akaun Semasa yang mengandungi Nama Bank, Nama Pemohon / Syarikat Pemohon dan Nombor Akaun Bank
- Gambar yang menunjukkan aktiviti perniagaan permohon yang sedang dijalankan
BIDANG-BIDANG PERNIAGAAN
- Pertanian & Perusahaan Asas Tani
- Peruncitan
- Perkhidmatan
- Pembuatan
- Kontraktor Kecil
- Perniagaan Online