Soalan Lazim Skim Pembiayaan I-Factoring

Diterbitkan pada: 07/03/2016
Dikemaskini pada: 09/06/2016

Berapakah nilai maksimum dan tempoh pembiayaan?

Jumlah pembiayaan  RM 1,000 sehingga RM 100,000. Tempoh pembiayaan Kontrak adalah berjangka pendek iaitu tidak lebih daripada 6  bulan. 

Apakah pembiayaan Skim i-Factoring dikenakan caj atau faedah?

Kadar Caj yang dikenakan ialah satu perpuluhan lima peratus (1.5%) sebulan daripada jumlah pembiayaan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

Syarat-syarat Utama?

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan Bumiputera yang berumur antara 18 hingga 60 tahun untuk layak memohon.
  • Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
  • Pembiayaan sedia ada tidak boleh melebihi RM 100,000.
  • Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan modal berbayar (paid up capital ) tidak boleh melebihi RM 300,000.
  • Surat tawaran dan inden mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan  dan Badan Berkanun.
  • Mempunyai lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ), Perbendaharaan Malaysia ( PMS ), Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK ), Badan- badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan yang sah.
  • Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan ( GLC ).

Berapa lama masa yang diambil untuk memproses sesuatu permohonan dan apakah dokumen yang diperlukan?

Proses kelulusan adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.

Dokumen yang diperlukan :

  • Borang Permohonan Pinjaman TEKUN yang lengkap diisi
  • Borang Maklumat Asas Perniagaan yang lengkap diisi
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
  • 1 Keping Gambar Pemohon
  • Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah
  • 1 keping gambar premis/tempat perniagaan
  • Salinan buku simpanan/penyata bank (3 bulan terakhir)
  • Satu salinan bil utiliti premis/rumah(bil air/elektrik/telefon)
  • Sebut harga tujuan pinjaman
  • Salinan surat perjanjian sewa premis
  • Surat kebenaran rakan kongsi (jika perkongsian)
  • Salinan Tawaran kontrak (inden) & Pembekalan (Pesanan belian / Purchase order)
  • Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri   Pembinaan ( CIDB ), Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK )  dan lesen-lesen yang berkaitan (Lesen ini adalah bergantung kepada keperluan kontrak dan pembekalan)

Bolehkah anda memohon sekiranya anda mempunyai rekod CCRIS/CTOS/Rekod Kredit yang tidak baik?

Anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum melakukan permohonan.

Adakah saya memerlukan penjamin @ cagaran?

Tidak perlu penjamin atau cagaran.

Kaedah bayaran balik pinjaman?

Penawar kontrak akan membayar terus kepada TEKUN selepas menerima dokumen daripada penerima biaya. Sekiranya bayaran mempunyai lebihan, pihak TEKUN akan  membayar baki tersebut melalui cek atau autodebit kepada penerima biaya.

Adakah usahawan boleh memohon sekiranya muflis?

Pemohon mestilah tidak muflis