Dasar Privasi

Diterbitkan pada: 02/03/2016
Dikemaskini pada: 24/05/2019

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ianya akan dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini.

Maklumat Log

Apabila anda melayari laman web ini, pelayan web kami akan merekodkan secara automatik maklumat yang dihantar oleh pelayar internet anda semasa melawat sesebuah laman web. Log pelayan ini akan merekodkan maklumat seperti permintaan web anda, alamat protokol internet, jenis dan bahasa pelayar web, tarikh dan masa bagi permintaan anda dan cookies yang boleh mengenal pasti pelayar internet anda.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau Sistem Maklumbalas & Aduan  yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam laman ini.

Pertanyaan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami Sistem Maklumbalas & Aduan yang disediakan dalam laman web ini.