Diterbitkan pada: 22/02/2016
Dikemaskini pada: 27/01/2021
Jumlah Pembiayaan TEKUN
Pembiayaan |
Jumlah |
Tempoh Bayaran |
Skim Pembiayaan Kecil ( SPK ) |
>RM 10,000 – RM50,000 |
Sehingga 5 tahun |
Skim Pembiayaan Sederhana ( SPS ) |
>RM 50,000 – RM100,000 |
Sehingga 10 tahun |
Kadar Keuntungan
Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan. Manakala bagi Skim Pembiayaan Kontrak-i adalah sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan. Kadar keuntungan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pembiayaan.
Bayaran Proses
Pembiayaan |
Yuran Wakalah |
> RM 10,000 – RM 20,000 |
RM 150 |
> RM 20,000 – RM 30,000 |
RM 200 |
> RM 30,000 – RM 40,000 |
RM 250 |
> RM 40,000 – RM 50,000 |
RM 300 |
> RM 50,000 – RM 100,000 |
RM 500 |
Simpanan
Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.
Perlindungan Insurans
Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Plan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA – Group Personal Accident) dan Plan Takaful Kredit.
Syarat Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN Nasional
- Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
- Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
- Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
- Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
- Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
- Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
- Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise