Skim Pembangunan Usahawan Tamu (SPUT)

Diterbitkan pada: 28/08/2023

Objektif Pembiayaan

Skim pembiayaan mikro berkumpulan bagi Usahawan Pasar Tamu untuk meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40 di Sabah & Sarawak.

Jumlah Pembiayaan TEKUN

Jumlah Pembiayaan: RM1,000 – RM5,000

Tempoh Pembiayaan

6 bulan sehingga 12 bulan

Kadar Keuntungan

Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan. Kadar keuntungan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran jumlah prinsipal pembiayaan.

Simpanan

Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran jumlah pembiayaan.

Yuran Wakalah

Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.

Pembiayaan Yuran Wakalah
RM1,000 – RM5,000 RM 50

Perlindungan Takaful

Takaful Pembiayaan Berkelompok

Usahawan wajib menyertai Takaful Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok & PERKESO

Usahawan diberikan pilihan untuk menyertai pakej Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok yang ditawarkan oleh TEKUN untuk SATU (1) tahun pertama sahaja. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Atau

Usahawan diberikan pilihan untuk menyertai pakej Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang menyediakan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 untuk SATU (1) tahun pertama sahaja.  Caruman akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan

Syarat Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN Nasional

  • Warganegara Malaysia & Bumiputra
  • Negeri Sabah & Sarawak.
  • Berumur 18 – 65 tahun.
  • Menjalankan perniagaan di Pasar Tamu di Sabah dan Sarawak
  • Mempunyai lesen / Permit / Daftar
  • Perniagaan (SSM) / Borang Pengesahan Peniagaan yang sah.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.

Syarat Tambahan

  • Membentuk kumpulan lima (5) orang usahawan (lelaki atau wanita) dari kenalan / rakan perniagaan yang boleh dipercayai.
  • Ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan.
  • Ahli kumpulan boleh merangkumi pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah disisi undang-undang.
  • Perniagaan atau tempat tinggal ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain
  • Menghadiri Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN ( PSAT ) setiap minggu.
  • Perlindungan di bawah Takaful Pembiayaan dan Takaful Hayat & Kemalangan.
  • Kadar keuntungan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Simpanan wajib setiap minggu

BAYARAN

  • Kutipan bayaran dilaksanakan semasa Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN ( PSAT ) setiap minggu.
  • Berkonsepkan jaminan kerjasama di antara ahli kumpulan dan PSAT.
  • Ikrar TEMAN TEKUN dibaca pada setiap perjumpaan mingguan.

 

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Saluran Bayaran Jumlah Terhutang Dan Simpanan

Pejabat TEKUN Cawangan, kutipan oleh Pegawai TEKUN, bayaran melalui mana-mana Bank yang dimaklumkan oleh TEKUN, POS Malaysia, bayaran melalui cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque / PDC), bayaran melalui aplikasi elektronik (Direct Debit e-Mandate) atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh TEKUN dari semasa ke semasa.