Soalan Lazim Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN

Diterbitkan pada: 07/03/2016
Dikemaskini pada: 11/08/2016

Apakah Skim / Produk TEMAN TEKUN?

Skim / Produk TEMAN TEKUN adalah pembiayaan mikro yang digunakan untuk membiayai secara berkumpulan.

Apakah objektif pembiayaan Skim TEMAN TEKUN?

Untuk membantu usahawan berdaya maju dan berdaya saing dalam perniagaan mereka.

Apakah syarat-syarat utama menyertai Skim TEMAN TEKUN?

  • Bumiputera dan masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.
  • Menubuhkan kumpulan seramai 5 orang yang menjalankan perniagaan berdekatan, melantik seorang ketua, saling percaya mempercayai, tiada tali persaudaraan dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan.

Apakah panggilan kepada ahli yang meminjam?

Ahli atau peminjam dipanggil TEMAN TEKUN.

Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh Skim TEMAN TEKUN?

Pembiayaan Perniagaan berkumpulan dan jumlah seperti berikut:-

  • Pembiayaan kali pertama dari RM1,000 sehingga RM10,000
  • Pembiayaan kali kedua dan seterusnya sehingga RM20,000

Apakah kelayakan dan had maksimum permohonan pembiayaan kali pertama pembiayaan Skim TEMAN TEKUN?

Kelayakan dan had maksimum permohonan pembiayaan kali pertama tidak lebih RM10,000 dan perlu diproses dibawah Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN.

Sebagai peminjam Skim TEMAN TEKUN , apakah kewajipan setiap minggu?

Ahli TEMAN wajib hadir ke perjumpaan mingguan dan membuat bayaran pembiayaan setiap minggu.

(*di dalam kes tertentu / tidak dapat dielakkan ahli dibenarkan hadir ke perjumpaan minima 2 kali dalam tempoh sebulan dan bayaran balik dibuat mengikut perjanjian pembiayaan yang dipersetujui. Tertakluk kepada kelulusan dari pihak TEKUN Nasional)

Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan Produk TEMAN TEKUN?

Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.

Kenapa saya perlu bayar secara mingguan? Kenapa tidak secara bulanan?

Pembayaran mingguan memudahkan usahawan. Usahawan boleh membuat pembayaran secara bulanan tetapi WAJIB hadir ke perjumpaan mingguan untuk mewujudkan hubungan rapat antara TEKUN dan Usahawan.

Apakah pembiayaan Produk TEMAN dikenakan caj atau faedah?

Pembiayaan Skim TEMAN TEKUN dikenakan caj pengurusan sebanyak 4% untuk setahun  dan  5% untuk simpanan / tabung peminjam.

Berapa lama proses kelulusan pembiayaan Produk TEMAN?

Proses kelulusan dalam masa 14 hari bekerja.

Apakah yang dimaksudkan dengan Perjumpaan TEMAN?

Perjumpaan mingguan diantara Pegawai TEKUN dan Usahawan yang terlibat dengan Kumpulan TEMAN.

Jika sekiranya terdapat banyak kumpulan dalam satu cawangan, bagaimanakah perjumpaan TEMAN ini akan dilaksanakan?

Perjumpaan TEMAN akan dilaksanakan dengan gabungan antara 2 hingga 10 kumpulan bagi satu cawangan.

Jika seorang dalam satu kumpulan TEMAN ( 5 orang ) ingin membuat penyelesaian awal, adakah dibenarkan?

Boleh, pihak TEKUN akan menawarkan semula pembiayaan TEMAN dengan nilai yang lebih besar berdasarkan rekod bayaran balik.

Adakah dibolehkan pemohon Produk TEMAN TEKUN membuat pembiayaan bertindih (Overlaping) ?

Boleh, selepas tempoh setahun  atau separuh baki pembiayaan dengan rekod bayaran balik yang baik.

Jika permohonan yang dihantar tidak mencukupi untuk membentuk satu kumpulan TEMAN ( 5 orang ) adakah pemohonan boleh diproses?

Tidak boleh diproses, perlu melengkapkan 5 orang untuk membentuk satu kumpulan

Jika terdapat salah seorang ahli kumpulan meninggal dunia, membuat penyelesaian awal, berpindah setelah permohonan DILULUSKAN,apakah tindakan selanjutnya?

Tidak perlu membuat penggantian ahli dan nama ahli tersebut masih kekal di dalam kumpulan tersebut dengan mencatatkan status di dalam sistem.

Jika terdapat perkongsian pada SSM, adakah dua-dua penama tersebut dibenarkan membuat pembiayaan melalui Skim TEMAN TEKUN?

Tidak dibenarkan

Jika terdapat salah seorang dalam ahli kumpulan yang GAGAL membayar, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai TEKUN?

Jika ada diantara ahli yang gagal membuat bayaran balik, kumpulan tersebut bertanggungjawab memastikan bayaran tersebut dijelaskan.

Jika tindakan tersebut masih gagal ( usahawan tidak mahu membayar ) apakah tindakan kawasan selanjutnya?

Pegawai TEKUN perlu menasihatkan usahawan dan kumpulan tersebut dan jika masih gagal tindakan undang-undang boleh diambil kepada usahawan tersebut.

Jika salah seorang ahli kumpulan ingin meminjam lebih dari jumlah pembiayaan yang telah kumpulan persetujui? Cth; 4 orang ingin pinjam RM5,000 manakala 1 orang RM10,000

 Kesemua ahli perlu bersetuju dengan satu jumlah pembiayaan yang sama

Adakah jumlah pembiayaan setiap ahli kumpulan perlu sama ? Siapa yang patut/ boleh menentukan jumlah pembiayaan ahli?

Ya, jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran balik setiap ahli mestilah sama. Ketua Kumpulan boleh mencadangkan pada ahli dan kesemua ahli mestilah bersetuju dengan jumlah pembiayaan dan tempoh pembayaran balik yang telah dipersetujui bersama. (*tertakluk kepada kelulusan dari pihak TEKUN Nasional)

Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?

Pembiayaan Produk TEMAN dilindungi oleh Insuran Takaful. Sekiranya berlaku kematian Ahli TEMAN, insuran ini akan menanggung keseluruhan  pembiayaan dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Jika ada dikalangan ahli TEMAN yang telah berpindah premis atau rumah ?

Ahli kumpulan tersebut wajib membuat bayaran dan kekal didalam kumpulan

Apakah kelebihan dan perbezaan Skim TEMAN TEKUN berbanding dengan pinjaman mikro lain yang mengunakan konsep yang sama ?

Kelebihan dan perbezaan Skim TEMAN TEKUN adalah seperti dibawah:-

  • Caj perkhidmatan yang terendah 4% setahun dikalangan Institusi Mikro Kredit di Malaysia.
  • Ahli boleh terdiri dari lelaki dan wanita.
  • Perjumpaan mingguan dibuat dilokasi yang berdekatan dengan tempat perniagaan dan dalam tempoh yang singkat. Perjumpaan secara mingguan dan di dalam kes tertentu dibenarkan minima hadir 2 kali dalam sebulan dengan persetujuan pihak TEKUN. Bayaran balik setiap minggu, dua minggu sekali & sebulan sekali DIBENARKAN tanpa pengurangan jumlah bayaran balik yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Pembiayaan.
  • Jumlah dan tempoh pembiayaan adalah sama bagi setiap ahli kumpulan.
  • Penyelesaian awal pembiayaan bagi mana mana ahli / kumpulan dibenarkan.
  • Sekiranya ahli meninggal dunia, membuat penyelesaian awal, berpindah dan lain-lain, tidak perlu membuat penggantian ahli kumpulan.
  • Semua ahli kumpulan ( 5 orang ) dibenarkan membuat pembiayaan serentak tanpa menunggu prestasi ahli lain kerana semua sudah menjalankan perniagaan.
  • Proses kelulusan yang cepat di dalam tempoh 14 hari bekerja

Bagaimana cara saya memohon Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN?

Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran

Bagaimana saya boleh mengetahui alamat dan nombor telefon pejabat- pejabat TEKUN?

Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan 03 9058 8550 atau lawati laman web www.tekun.gov.my untuk mengetahui alamat pejabat TEKUN di seluruh negara.