Soalan Lazim AR RAHNU

Diterbitkan pada: 13/04/2016
Dikemaskini pada: 27/02/2018

Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?

  • Qardh Diguna pakai dalam pembiayaan gadaian kepada pelanggan.
  • Rahn Pelanggan mencagarkan Emas kepada AR RAHNU TEKUN untuk tujuan cagaran pinjaman.
  • Wadiah Yad Dhamanah Diguna pakai ketika AR RAHNU TEKUN menyimpan Emas.
  • Fi penyimpanan dikenakan ke atas pelanggan untuk memastikan barang gadaian dalam keadaan baik dan selamat.
  • Ujrah Upah simpanan emas yang dikenakan kepada pelanggan mengikut nilainya dan tempoh simpanan

Apakah yang boleh saya perolehi daripada produk ini?

AR RAHNU TEKUN ialah satu cara mudah untuk memperolehi pembiayaan dengan hanya memberikan barangan emas / barang kemas sebagai cagaran di mana AR RAHNU TEKUN Nasional akan mengenakan fi penyimpanan yang berpatutan.

Apakah kewajipan yang perlu saya laksanakan sekiranya saya mengambil produk ini?

Anda perlu membayar balik jumlah pembiayaan dan fi penyimpanan bulanan barang cagaran. Fi tersebut perlu dibayar pada tarikh tamat tempoh kontrak, penebusan atau lanjutan tempoh AR RAHNU TEKUN (yang mana berkaitan).

Apakah fi dan upah gadaian yang perlu saya bayar?

Upah simpan ( Ujrah ) bagi barang gadaian RM0.50* setiap RM100.00 nilai marhun

Bagaimana jika saya gagal memenuhi kewajipan-kewajipan saya?

Sekiranya anda gagal membayar jumlah terhutang pada akhir tempoh, pihak AR RAHNU TEKUN mempunyai hak untuk menjual Emas bagi melangsaikan jumlah pinjaman dan fi penyimpanan yang dikenakan atau apa-apa kos lain yang berkaitan. Wang lebihan selepas potongan hutang, upah tertunggak, kos lelong dan lain-lain kos berkaitan (jika ada) akan dibayar kepada anda

Apakah fi penyimpanan yang dikenakan bagi penebusan awal?

Tempoh minimum gadaian adalah 15 hari. Jika penggadai menggadai kurang daripada 15 hari, upah simpan akan tetap mengambilkira tempoh minimum 15 hari.

Bagaimanakah cara pembayaran balik pinjaman?

Pembayaran balik pinjaman boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus sebelum atau pada tarikh matang.

Bagaimanakah saya akan menerima pinjaman/wang hasil dari gadaian?

  • Pinjaman dari hasil gadaian akan dibayar secara tunai di kaunter AR RAHNU TEKUN.
  • Tuan perlu menyimpan resit gadaian bagi tebusan dan bayaran balik pinjaman.