Soalan Lazim Skim Pembiayaan TEKUN Niaga

Diterbitkan pada: 27/01/2021
Dikemaskini pada: 21/07/2022

Apakah Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Skim Pembiayaan Mikro kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara mikro.

Siapakah yang layak untuk memohon Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Salinan Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh.
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Wajib menyediakan penyata bank yang digunakan untuk menjalankan perniagaan sama ada penyata bank akaun simpanan / akaun semasa yang menggunakan perbankan internet.
  14. Penerima biaya hendaklah membuat bayaran jumlah keseluruhan harga jualan dan simpanan melalui cek tarikh tertunda atau aplikasi eletronik (Direct Debit e-Mandate) bagi nilai pembiayaan yang diluluskan sebanyak RM15,000 sehingga RM100,000.
  15. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon Skim TEKUN Niaga?

Terbuka kepada semua sektor perniagaan iaitu Peruncitan, Perkhidmatan, Pembuatan, Pertanian & Perusahaan Asas Tani, Perniagaan Online dan Kontraktor kecil

Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM1,000 hingga RM 100,000.

Berapa lama tempoh bayaran balik pembiayaan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Tempoh bayaran balik pembiayaan  1 tahun hingga 10 tahun.

Berapakah kadar keuntungan bagi Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Apakah dokumen yang diperlukan?

  1. Borang Permohonan Pembiayaan (BCP/BORANG/01)
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon & pasangan (jika berkenaan) – depan & belakang
  3. Salinan Lesen / Permit / Daftar Niaga (SSM) yang sah dan masih belum tamat tempoh
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank Akaun Simpanan / Akaun Semasa yang mengandungi Nama Bank, Nama Pemohon / Syarikat Pemohon dan Nombor Akaun Bank
  5. Gambar yang menunjukkan aktiviti perniagaan permohon yang sedang dijalankan

Saya berminat untuk membuat permohonan permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga. Bagaimakah kaedah permohonan tersebut?

Usahawan boleh menghantar permohonan melalui Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon.

Adakah TEKUN Nasional melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan Skim SPUMI.

Adakah pihak TEKUN memerlukan sebarang cagaran daripada usahawan untuk memohon permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Tiada cagaran diperlukan dalam memohon skim SPUMI.

Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim SPUMI boleh menghubungi TEKUN Nasional di talian 03 – 9059 8888 ( 8.30 pagi – 5.30 petang / hari bekerja sahaja )  atau layari www.tekun.gov.my