Syarat-Syarat Skim Pembiayaan KONTRAK-i

Diterbitkan pada: 22/02/2016
Dikemaskini pada: 27/10/2016

PENGENALAN
Skim ini adalah merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun.

 

JUMLAH DAN TEMPOH PEMBIAYAAN
  • Jumlah pembiayaan RM 1,000.00 sehingga RM 100,000.00
  • Tempoh pembiayaan Kontrak tidak lebih daripada 6  bulan.

 

CAJ PENGURUSAN
Caj pengurusan TEKUN adalah sebanyak 1.5% sebulan daripada jumlah pembiayaan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera
  • Umur 18 – 60 tahun sahaja
  • Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
  • Pembiayaan sedia ada tidak boleh melebihi RM 100,000.
  • Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan modal berbayar (.paid up capital ) tidak boleh melebihi RM 300,000.
  • Surat tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun.
  • Mempunyai lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ), Perbendaharaan Malaysia ( PMS ), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Badan- badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan yang sah.
  • Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun.

 

PERLINDUNGAN TAKAFUL
Setiap penerima biaya dilindungi oleh insuran pembiayaan dan  Insuran Hayat & Kemalangan (penerima biaya) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pembiayaan. Bayaran premium insuran akan dipotong melalui pembiayaan yang diluluskan.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Borang Permohonan Pinjaman TEKUN yang lengkap diisi
  • Borang Maklumat Asas Perniagaan yang lengkap diisi
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
  • 1 Keping Gambar Pemohon
  • Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah
  • 1 keping gambar premis/tempat perniagaan
  • Salinan buku simpanan/penyata bank (3 bulan terakhir)
  • Satu salinan bil utiliti premis/rumah(bil air/elektrik/telefon)
  • Sebut harga tujuan pinjaman
  • Surat kebenaran rakan kongsi jika pemohon syarikat
  • Tawaran kontrak (inden) & Pembekalan (Pesanan belian / Purchase order)
  • Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri   Pembinaan ( CIDB ), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)  dan lesen-lesen yang berkaitan (Lesen ini adalah bergantung kepada keperluan kontrak dan pembekalan)

KELEBIHAN SKIM i-FACTORING

  • Tanpa penjamin
  • Tempoh pembiayan yang fleksibel
  • Caj pengurusan yang rendah
  • Tanpa deposit