Skim Pembiayaan Usahawan Kraf

Diterbitkan pada: 18/09/2023

Objektif Pembiayaan

Menyediakan pembiayaan modal bagi tujuan berikut:

  1. Merancakkan industri kraf di kalangan pengusaha kraf
  2. Membantu pengusaha kraf kategori mikro untuk mengembangkan perniagaan
  3. Membina rangkaian pengusaha kraf tempatan yang mapan
  4. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk setempat dan graduan institut kraftangan
  5. Mengekalkan nilai budaya dan seni warisan tempatan

Kumpulan Sasar

Skim ini mensasarkan usahawan yang menjalankan perniagaan berkaitan kraf tangan seperti:

  1. Pengusaha kraf tempatan sedia ada
  2. Usahawan baru dalam industri kraf
  3. Usahawan tempatan berskala kecil
  4. Usahawan yang memasarkan hasil kraf milik syarikat pengeluar

Konsep Syariah

Tawarruq

Aturan dua kontrak jual beli untuk mendapatkan tunai:

  1. Kontrak 1: TEKUN menjual komoditi kepada Usahawan dengan Harga Jualan (Jumlah Terhutang) secara ansuran.
  2. Kontrak 2: Usahawan menjual komoditi kepada Pihak Ketiga dengan Harga Belian (Jumlah Pembiayaan) secara tunai.

Wakalah

Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.

Jumlah Pembiayaan TEKUN

RM1,000 sehingga RM100,000 sahaja

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 60 bulan @ 10 tahun

Kadar Keuntungan

2% setahun

Simpanan

5% setahun daripada jumlah pembiayaan

Yuran Wakalah

Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.

Pembiayaan Yuran Wakalah
RM1,000 – RM5,000 RM 50
> RM 5,000 – RM 10,000 RM 100
> RM 10,000 – RM 20,000 RM 150
> RM 20,000 – RM 30,000 RM 200
> RM 30,000 – RM 40,000 RM 250
> RM 40,000 – RM 50,000 RM 300
> RM 50,000 – RM 100,000 RM 500

Takaful Pembiayaan Berkelompok

Usahawan wajib menyertai Takaful Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok & PERKESO

Usahawan diberikan pilihan untuk menyertai pakej Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok yang ditawarkan oleh TEKUN untuk SATU (1) tahun pertama sahaja. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan

Atau

Usahawan diberikan pilihan untuk menyertai pakej Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang menyediakan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 untuk SATU (1) tahun pertama sahaja.  Caruman akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan

Syarat Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN Nasional

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Syarat Kelayakan Tambahan

1. Pemohon menjalankan perniagaan berkaitan kraf seperti berikut:

  • Tekstil – Batik, songket, tenunan, sulaman, tekatan dan jahitan
  • Hasil Rimba – Kayu, buluh, rotan, bemban, mengkuang, daun getah, daun nipah, rumbia, bunga kering dan tempurung
  • Hasil Logam – Perak, tembaga, piuter, besi, emas dan aluminium
  • Hasil Tanah – Seramik, batu, kristal dan kaca
  • Aneka Kraf – Manik, mutiara, cengkerang dan kulit

2. Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Niaga boleh memohon pembiayaan bertindih (overlap) melalui skim pembiayaan ini mengikut syarat-syarat pembiayaan overlap sedia ada.

3.Penerima sedia ada skim berikut adalah layak mohon dengan mewajibkan pembiayaan bertindih (overlap) dengan syarat tiada tunggakan:

  • Covid Business Recovery Micro (CBRM)
  • Covid Business Recovery Micro 2.0 (CBRM 2.0)
  • TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS)
  • Skim Pembiayaan Sektor Informal (SPIN)
  • Skim Pembiayaan Sektor Informal 2.0 (SPIN 2.0)
  • Skim Pembiayaan Sektor Informal 2.0 – TCorp (SPIN 2.0 TCorp)
  • Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)
  • Skim Pembiayaan Informal & Mikro – TCorp (SPIM TCorp)
  • Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1 / 2 / 3 /4

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

1.Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
2.Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)

Atau

Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu

3.Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
4.Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
5.Dokumen tambahan (jika berkenaan)

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Saluran Bayaran Jumlah Terhutang Dan Simpanan

Pejabat TEKUN Cawangan, kutipan oleh Pegawai TEKUN, bayaran melalui mana-mana Bank yang dimaklumkan oleh TEKUN, POS Malaysia, bayaran melalui cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque / PDC), bayaran melalui aplikasi elektronik (Direct Debit e-Mandate) atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh TEKUN dari semasa ke semasa.