Syarat-Syarat Skim Pembiayaan KONTRAK-i

Diterbitkan pada: 22/02/2016
Dikemaskini pada: 08/03/2023

Pengenalan

Skim ini adalah merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.

Jumlah dan Tempoh Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan RM 1,000.00 sehingga RM 200,000.00
  • Tempoh pembiayaan Kontrak tidak lebih daripada 6 bulan.

Kadar Keuntungan

Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  • Umur 18 – 65 tahun sahaja.
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah.
  • Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan modal berbayar (paid up capital) tidak boleh melebihi RM 500,000.
  • Surat tawaran & kontrak ( inden ) mestilah daripada Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan( GLC ).
  • Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan / Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)/Pusat Khidmat Kontraktor(PKK)/Sijil Kontraktor Kerja (Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan) dan  lesen-lesen berkaitan yang setaraf ( jika berkenaan )
  • Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik olehAgensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan ( GLC ).
  • Surat Ikatan Penyerahan Hak ( Deed of Assignment ).
  • Tempoh sah laku kontrak adalah tidak lebih daripada enam ( 6 ) bulan.

Perlindungan Takaful

Setiap penerima biaya dilindungi oleh insuran pembiayaan dan Insuran Hayat & Kemalangan (penerima biaya) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pembiayaan. Bayaran premium insuran akan dipotong melalui pembiayaan yang diluluskan.

Dokumen yang Diperlukan

  • Borang Permohonan Pinjaman TEKUN yang lengkap diisi
  • Borang Maklumat Asas Perniagaan yang lengkap diisi
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
  • 1 Keping Gambar Pemohon
  • Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah
  • 1 keping gambar premis/tempat perniagaan
  • Salinan buku simpanan/penyata bank (1 – 3 bulan terakhir)
  • Satu salinan bil utiliti premis/rumah(bil air/elektrik/telefon)
  • Sebut harga tujuan pinjaman
  • Surat kebenaran rakan kongsi jika pemohon syarikat
  • Inden Kerja / PO / LO / Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC
  • Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan lesen-lesen yang berkaitan (Lesen ini adalah bergantung kepada keperluan kontrak dan pembekalan)

Kelebihan Skim Kontrak-i

  • Tanpa penjamin
  • Tempoh pembiayan yang fleksibel
  • Caj pengurusan yang rendah
  • Tanpa deposit
  • Kaedah pembiayaan secara lumpsum