Diterbitkan pada: 27/01/2021
Jumlah Pembiayaan TEKUN
Pembiayaan |
Jumlah |
Tempoh Bayaran |
Skim Pembiayaan Kecil ( SPK ) |
>RM 10,000 – RM50,000 |
Sehingga 5 tahun |
Skim Pembiayaan Sederhana ( SPS ) |
>RM 50,000 – RM100,000 |
Sehingga 10 tahun |
Kadar Keuntungan
Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan. Manakala bagi Skim Pembiayaan Kontrak-i adalah sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan. Kadar keuntungan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pembiayaan.
Bayaran Proses
Pembiayaan |
Yuran Wakalah |
> RM 10,000 – RM 20,000 |
RM 150 |
> RM 20,000 – RM 30,000 |
RM 200 |
> RM 30,000 – RM 40,000 |
RM 250 |
> RM 40,000 – RM 50,000 |
RM 300 |
> RM 50,000 – RM 100,000 |
RM 500 |
Simpanan
Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.
Perlindungan Insurans
Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Plan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA – Group Personal Accident) dan Plan Takaful Kredit.
Syarat Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN Nasional
Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera, Masyarakat Siam, Orang Asli, pelbagai etnik Sabah dan Sarawak.
- Berumur 18- 60 tahun
- Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
- Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah atau dokumen yang mengesahkan menjalankan perniagaan dari Penghulu, Tok Batin, Tuai Rumah, atau Ketua Masyarakat Tempatan
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
- Bebas daripada tindakan kebankrapan
- Syarikat 100% hak milik usahawan
- Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000
- Had Modal Berbayar syarikat tidak melebihi RM300,000