Soalan Lazim Skim Pembiayaan TEKUN Nasional

Diterbitkan pada: 09/06/2016
Dikemaskini pada: 09/06/2016

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India ( SPUMI )?

Skim Pembiayaan Mikro kepada usahawan yang terdiri daripada kaum India yang menjalankan perniagaan secara mikro bagi tujuan untuk mengembangkan perniagaan yang diceburi.

Siapakah yang layak untuk memohon skim SPUMI?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :

  1. Warganegara Malaysia dan kaum India
  2. Berumur 18- 60 tahun
  3. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  4. Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
  5. Bebas daripada tindakan kebankrapan
  6. Syarikat 100% hak milik kaum India
  7. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000
  8. Had Modal Berbayar syarikat tidak melebihi RM300,000

Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon skim SPUMI?

Terbuka kepada semua sektor perniagaan iaitu Peruncitan, Perkhidmatan, Pembuatan, Pertanian & Perusahaan Asas Tani, Perniagaan Online dan Kontraktor kecil

Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan di bawah skim SPUMI?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM1,000 hingga  RM 100,000.

Berapa lama tempoh bayaran balik pembiayaan skim SPUMI?

Tempoh bayaran balik pembiayaan  1 tahun hingga 10 tahun.

Berapakah kadar keuntungan bagi skim SPUMI?

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen yang diperlukan adalah :

  1. Borang Permohonan Perniagaan TEKUN ( JPP/BORANG/02
  2. Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu ( JPP/BORANG/17 )
  3. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
  4. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
  5. Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 3 bulan terkini
  6. Salinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik / air / telefon )

Saya berminat untuk membuat permohonan skim SPUMI. Bagaimakah kaedah permohonan tersebut?

Usahawan boleh menghantar permohonan melalui Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon.

Adakah TEKUN Nasional melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan skim SPUMI?

Pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan Skim SPUMI.

Adakah pihak TEKUN memerlukan sebarang cagaran daripada usahawan untuk memohon skim SPUMI?

Tiada cagaran diperlukan dalam memohon skim SPUMI.

Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan skim SPUMI?

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim SPUMI boleh menghubungi TEKUN Nasional di talian 03 – 9059 8888 ( 8.30 pagi – 5.30 petang / hari bekerja sahaja )  atau layari www.tekun.gov.my