Cadangan Hab Pemborongan

Diterbitkan pada: 09/08/2019
Dikemaskini pada: 09/08/2019

Cadangan Hab Pemborongan TEKUN Terbesar dan Pertama di Pantai Timur Malaysia.

Terletak hanya 5 minit pemanduan dari bandar Kota Bharu dan 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dengan pelbagai hotel di sekeliling. Hab pemborongan TEKUN Nasional adalah lokasi yang ideal untuk membeli belah secara borong yang menawarkan pelbagai pilihan barangan dengan harga yang berpatutan.

  • Lebih daripada 2 ribu kedai borong di kompleks hab pemborongan usahawan setinggi 6 tingkat dengan keluasan 827,000 kps.
  • Berkonsepkan digital mall ( pemantauan jualan serta stok barangan secara berpusat dan sistematik ).
  • Dalam perancangan untuk dilaksanakan secara virtual mall pada masa akan datang.
  • Pusat jualan dan pasaran pelbagai produk usahawan TEKUN dan usahawan Bumiputera.
  • Penempatan pejabat agensi kerajaan yang berkaitan dengan keusahawanan dan yang berurusan dengan masyarakat setempat.

Untuk Pendaftaran Minat : http://bit.ly/tekunmall_borangminat (Klik)